KUALA LUMPUR: Juara bertahan Piala Malaysia, Kuala Lumpur (KL) City FC mencipta sejarah dengan menumpaskan kelab Uzbekistan, PFC Sogdiana pada final antara zon Piala AFC 2022, 5-3, menerusi sepakan penalti, hari ini.
Pada aksi di Kompleks Sukan Sogdiana itu menyaksikan kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan itu sebelum juara ditentukan menerusi sepakan penalti.
Kejayaan sensasi dilakar anak buah Bojan Hodak itu menyaksikan mereka layak ke final Piala AFC 2022 buat kali pertama apabila dijadual bertemu Al Seeb pada 22 Okt ini selepas wakil Oman itu membelasah kelab Bahrain, Al Riffa, 4-0, pada aksi final zon barat semalam.
Perlawanan tersebut menyaksikan penjaga gol KL City, Kevin Ray Mendoza layak diangkat wira pasukannya apabila menampilkan aksi cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya tuan rumah termasuk sepakan kedua penalti pemain pertahanan kanan, Shakhboz Jurabekov.
Skuad warga kota itu jelas tenang melepasi detik genting tersebut apabila berjaya menyempurnakan kelima-lima sepakan penalti menerusi ketua pasukan, Paulo Josue, Romel Morales, Muhammad Hadin Azman, Muhammad Akram Mahinan dan Giancarlo Gallifuoco.
Terdahulu, Sogdiana yang menerima sokongan padu penyokong mereka, menguasai babak pertama namun gagal menjelmakan sebarang gol diharapkan apabila barisan pertahanan KL City berjaya menyerap tekanan pasukan bimbingan Ulugbek Bakayev.
Peluang terbaik Sogdiana hadir menerusi sepakan percuma pemain pertahanan kanan, Jurabekov pada minit ke-20 disusuli percubaan dari luar kotak penalti oleh tonggak serangan, Jasur Khasanov, pada minit ke-44 namun ditangkap kemas Mendoza.
Bersambung babak kedua, KL City berpeluang berada di depan namun tandukan Morales, hasil daripada sepakan percuma ketua pasukan Paulo Josue diselamatkan penjaga gol Sogdiana, Milan Mitrovic pada minit ke-64 sebelum Mendoza menepis keluar tandukan pemain simpanan, Shavkat Salomov, selang tiga minit kemudian.
Penyerang Shokhruz Norkhonov mensia-siakan peluang untuk menghasilkan jaringan apabila percubaan jarak dekatnya melambung tinggi pada minit ke-85 manakala Mendoza menafikan rembatan padu Khasanov pada minit ketiga masa kecederaan dan kedudukan tanpa jaringan menyebabkan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan.
Aksi menakjubkan Mendoza diteruskan pada masa tambahan apabila beliau menyelamatkan dua percubaan iaitu tandukan Jurabekov pada minit keenam diikuti sepakan padu dari luar kotak penalti oleh Javokhir Kakhramanov pada minit ke-106, sekali gus memastikan pemenang ditentukan menerusi sepakan penalti.
Juara sembilan kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia yang berjaya menjuarai Piala AFC pada 2015 dengan menumpaskan pasukan dari Tajikistan, Istiklol, 1-0.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022
![Mendoza wira KL City, cipta sejarah layak ke final Piala AFC Mendoza wira KL City, cipta sejarah layak ke final Piala AFC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/81664988028_TBklcity.jpg)
KL City FC mencipta sejarah dengan menumpaskan kelab Uzbekistan, PFC Sogdiana pada final antara zon Piala AFC 2022, 5-3, menerusi sepakan penalti. - Foto Facebook/KL City FC
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737667605_TBPatrickAlcala.jpg)
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
Skuad kelab Vietnam bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit ke-10 menerusi pemain kebangsaan Nguyen Quan Hai.
![Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81733672863_ArifAimanHanapi.jpg)
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
![KLFA lunas sebahagian tunggakan KWSP pemain KL City FC KLFA lunas sebahagian tunggakan KWSP pemain KL City FC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-01/71577890526_KLFA.jpg)
KLFA lunas sebahagian tunggakan KWSP pemain KL City FC
Pihaknya telah melunas tunggakan berjumlah RM50,000 selain memaklumkan tunggakan lain akan diselesaikan secara berperingkat.
![KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51727644814_LigaSuperKL.jpg)
KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras
Muhammad Adib Abdul Ra'op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.
![Pemain saya dahagakan kemenangan, bukan menang nasib - Yusri Pemain saya dahagakan kemenangan, bukan menang nasib - Yusri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Pemain saya dahagakan kemenangan, bukan menang nasib - Yusri
Pengendali Perak FC tolak dakwaan kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC malam tadi adalah kerana nasib semata-mata.
![Perak catat kemenangan pertama di laman sendiri, Sabah tumbang di Selayang Perak catat kemenangan pertama di laman sendiri, Sabah tumbang di Selayang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726959857_ClaytonDaSilveira.jpg)
Perak catat kemenangan pertama di laman sendiri, Sabah tumbang di Selayang
Perak FC menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
![Liga Super: KL City belasah skuad muda Kedah 5-0 Liga Super: KL City belasah skuad muda Kedah 5-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726329042_TBLIGASUPER.jpg)
Liga Super: KL City belasah skuad muda Kedah 5-0
Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC membelasah skuad muda Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0, dengan Paulo Josue muncul wira hatrik pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.
![Skuad B-23 KDA FC dijangka galas tugas menentang KL City Sabtu ini Skuad B-23 KDA FC dijangka galas tugas menentang KL City Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/81726107837_MohdNafuziZain.jpg)
Skuad B-23 KDA FC dijangka galas tugas menentang KL City Sabtu ini
Skuad B-23 KDA FC dijangka akan menggalas tugas dalam aksi Liga Super menentang KL City FC, Sabtu ini.
![Kemuka deklarasi dokumen tidak tepat, KL City dikenakan hukuman berat Kemuka deklarasi dokumen tidak tepat, KL City dikenakan hukuman berat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722857452_tbKLCityFC.jpg)
Kemuka deklarasi dokumen tidak tepat, KL City dikenakan hukuman berat
KL City FC hari ini dikenakan hukuman berat susulan mengemukakan deklarasi tunggakan yang tidak tepat dalam proses permohonan lesen kebangsaan dan AFC.
![Tiada obligasi DBKL salur peruntukan kepada KLFA, KL City FC - Dr Zaliha Tiada obligasi DBKL salur peruntukan kepada KLFA, KL City FC - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721314071_TBZalihaMustafa.jpg)
Tiada obligasi DBKL salur peruntukan kepada KLFA, KL City FC - Dr Zaliha
Tiada sebarang obligasi untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyalurkan apa-apa bentuk peruntukan kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC).