Pelumba Aprilia, Marco Melandri menguasai dua perlumbaan untuk mencapai kejuaraan sulung pada pusingan keenam Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2014 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini hari ini.
Pelumba Itali berusia 32 tahun itu merakamkan 32 minit 42.359 saat pada perlumbaan pertama 16 pusingan sejauh 88.768km sebelum mencatat masa 21'00.424s pada perlumbaan kedua 10-pusingan sejauh 55.480km.
Rakan sepasukan, Sylvain Guintoli, yang memulakan perlumbaan di petak utama, menduduki tempat kedua dengan ketinggalan 0.620 saat pada perlumbaan pertama dan 0.166 saat pada perlumbaan kedua.
Juara bertahan Tom Sykes dari Britain, menduduki tempat ketiga dalam perlumbaan kedua dengan masa 21'03.113s selepas terbabas dalam perlumbaan pertama.
Melandri, pelumba Itali berusia 31 tahun, berkata beliau sangat gembira selepas pelumba Aprilla menguasai dua tempat teratas dalam kedua-dua perlumbaan tersebut.
"Seronok sekali bagi diri saya dan juga rakan kerana kemenangan 1-2 dan saya tahu perlumbaan ini sukar namun penghujungnya memang hebat," kata bekas pelumba MotoGP Dunia itu.
Guintoli berkata kemenangan tersebut adalah kejayaan besar pasukan.
"Saya melakukan yang terbaik untuk mengejar Melandri tetapi dia lebih bagus hari ini. Saya mengucapkan tahniah kepadanya dan tidak sabar untuk pusingan seterus di Itali," katanya.
Bagaimanapun kejayaan Melandri itu tidak mengubah kedudukan kelima keseluruhan musim ini dengan 147 mata iaitu ketinggalan 54 mata daripada pendahulu musim, Sykes, yang mengumpul 201 mata diikuti Guintoli dengan 188 mata.
Pusingan ketujuh kejuaraan WSBK akan berlangsung di Litar Marco Simoncelli Misano, Itali, pada 22 Jun ini.
Bernama
Sun Jun 08 2014

Pelumba Aprilia Racing Team Marco Melandri meraikan kejayaannya selepas berjaya menjuarai perlumbaan kedua Kejohanan Superbike Dunia (WSBK) 2014. -Foto BERNAMA

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

Melandri rangkul kejuaraan pusingan keenam WSBK di Sepang
Marco Melandri menguasai dua perlumbaan untuk mencapai kejuaraan sulung Kejuaraan Superbike Dunia (WSBK) 2014 di Litar Antarabangsa Sepang.