MPM menerusi kenyataan mengumumkan bahawa Megat menang jawatan dalam barisan tertinggi IFCPF yang diwakili oleh 93 negara ketika pemilihan di Salou, Sepanyol pada Isnin lepas, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia dalam arena sukan para.
"Mereka telah melihat signifikan penglibatan Malaysia melalui hubungan yang baik di peringkat antarabangsa, lebih-lebih lagi saya merupakan wakil negara di peringkat benua menerusi Jawatankuasa Paralimpik Asia (APC) dan Persekutuan Sukan Para ASEAN (APSF).
"Kemenangan ini dapat mengangkat sukan bola sepak cerebral palsy Malaysia ke tahap yang lebih tinggi, dengan pencapaian terbaik sebelum ini ialah memenangi pingat emas dalam Sukan Para ASEAN 2023 di Kemboja," kata Megat dalam kenyataan sama.
Megat berkata beliau merancang untuk membida Kuala Lumpur sebagai tuan rumah Kelayakan Piala Dunia IFCPF - Kejohanan Asia Oceania pada tahun 2025 sebagai langkah seterusnya untuk lebih memartabatkan nama Malaysia dan membangunkan bakat tempatan.
-- BERNAMA