JAMES McClean didenda potongan gaji selama dua minggu dan bersetuju untuk memadamkan akaun Instagramnya selepas didapati melakukan gurauan berkaitan Tentera Republik Irish (IRA), demikian disahkan Stoke City.
Dengan saranan penjarakan sosial di United Kingdom berikutan pandemik COVID-19, pemain sayap Stoke itu mengirimkan kiriman kontroversi di laman Instagramnya.
Dengan kapsyen "Pelajaran sekolah hari ini - sejarah" dengan emoji ketawa, pemain berusia 30 tahun itu mengirimkan gambarnya sedang menghadap anaknya dengan memakai balaclava -- imej yang sinonim dengan IRA.
Stoke dalam satu kenyataan mengesahkan McClean menerima hukuman berkenaan dengan berkata: "Pemain itu telah menyatakan penyesalannya dan mengakui bahawa kiriman itu tidak sesuai dan menyinggung perasaan."
McClean menambah: "Saya tidak pernah berniat untuk menyebabkan rasa tidak senang tetapi saya kini sedar bahawa saya telah melakukannya dan mahu memohon maaf.
"Saya sudah berbincang dengan kelab ini dan akan memadam akaun Instagram saya."
Pemain kebangsaan Republik Ireland itu mendakwa bahawa dia kerap diejek di England kerana pegangannya.
Dia turut diejek oleh penyokong Stoke kerana enggan memakai simbol bunga popi, yang merupakan simbol untuk memperingati Remembrance Sunday.
McClean berasakan pemakaian simbol itu akan menunjukkan sikap tidak menghormati kepada pihak yang tidak bersalah dan kehilangan nyawa dalam konflik itu, terutama tragedi Bloody Sunday.
Astro Arena
Sat Mar 28 2020

McClean mendakwa bahawa dia kerap diejek di England kerana pegangannya. - Astro ARENA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

McClean mohon maaf, padam akaun Instagram
Pemain itu telah menyatakan penyesalannya dan mengakui bahawa kiriman itu tidak sesuai dan menyinggung perasaan.