BINTANG tinju Amerika Syarikat, Floyd Mayweather mengumumkan akan keluar dari persaraannya pada tahun 2020.
Bekas juara lima kategori itu membuat pengumuman tersebut di akaun Instagramnya selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden UFC, Dana White.
Dalam dua posting berbeza, Mayweather, 42, berkata dia dengan White kini dalam usaha menganjurkan sebuah acara besar pada tahun hadapan.
“Saya dan White bekerjasama sekali lagi untuk membawakan satu lagi acara yang hebat pada 2020,” katanya dalam kapsyen tersebut.
Sejam selepas itu, dia memuat naik satu lagi posting yang bertulis “akan keluar dari persaraan pada 2020.”
Bagaimanapun tidak diketahui sama ada Mayweather mahu menyertai UFC atau pun bertarung di Zuffa Boxing iaitu promosi tinju yang diumumkan White baru-baru ini di bawah syarikat penaung UFC, Zuffa.
Mayweather, pada Ogos 2017 lalu, pernah keluar dari persaraan untuk menewaskan bintang UFC Conor Mcgregor menerusi keputusan TKO pada pusingan ke-10.
Pertembungan di T-Mobile Arena, Las Vegas itu melebarkan rekod kemenangannya kepada 50-0.
Pada November tahun lepas pula, Mayweather sekali lagi kembali ke gelanggang untuk menentang atlet 'kickboxing' dari Jepun, Tenshin Nasukawa dalam satu perlawanan pertunjukan di Tokyo.
Perlawanan itu menyaksikan Nasukawa ditumbangkan dalam hanya 140 saat.
Haider Yutim
Sat Nov 23 2019

Mayweather (kiri) sedang bekerjasama dengan White untuk menganjurkan satu acara gemilang tahun hadapan. -Foto Instagram/@floydmayweather
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.

Mayweather umum 'keluar persaraan' tahun depan, sedang bekerjasama dengan UFC
Bekas juara lima kategori itu membuat pengumuman tersebut di akaun Instagramnya selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden UFC, Dana White.