BANGKOK: Dua beregu lelaki negara bermula langkah kanan apabila berjaya melepasi halangan masing-masing pada kejohanan badminton Masters Thailand 2023 di Stadium Nimibutr, di sini hari ini.
Pasangan profesional Nur Mohd Azriyn Ayub-Low Juan Shen melangkah ke pusingan kedua selepas mengecewakan wakil Korea Selatan Jin Yong - Na Sung Seung 21-18, 21-14 dan akan berdepan Chiu Hsiang Chieh-Yang Ming Tse dari Taiwan.
Beregu muda negara Low Hang Yee-Ng Eng Cheong pula melepasi pusingan kelayakan selepas mengalahkan pasangan dari India Hariharan Amsakarunan-Ruban Rethinasabathi Kumar 22-20, 21-13.
Mereka akan berdepan lawan dari Indonesia Sabar Karyaman Utama-Moh Reza Pahlevi Isfahani pada pusingan pertama esok.
Bagaimanapun, nasib berbeza buat gandingan Goh V Shem-Lim Khim Wah yang terpaksa tunduk kepada pasangan Indonesia Pramudya Kusumawardana-Yeremia Rambitan 21-19, 19-21, 21-14.
Turut terkandas gandingan Boon Xin Yuan-Wong Tien Ci apabila tewas kepada pasangan Taiwan Su Shing Heng-Ye Hong Wei 21-23, 21-19, 15-21.
Sementara itu, bekas juara remaja Asia Leong Jun Hao juga gagal melepasi pusingan pertama aksi kelayakan apabila tewas kepada rakan senegara yang juga pemain profesional Yeoh Seng Zoe 24-22, 21-19.
Yeoh yang mempamerkan aksi menarik bagaimanapun terpaksa tunduk kepada wakil Hong Kong Chan Yin Chak 21-15, 18-21, 21-9 pada pusingan kedua kelayakan, sekali gus gagal mara ke pusingan utama.
Tiga wakil perseorangan lelaki Malaysia bakal beraksi pada pusingan pertama esok iaitu Ng Tze Yong dan dua pemain profesional Cheam June Wei dan Soong Joo Ven.
Tze Yong akan berdepan pemain dari Brazil Ygor Coelho manakala June Wei dan Joo Ven masing-masing akan menentang wakil tuan rumah Kantaphon Wangcharoen dan Yin Chak.
Wakil perseorangan wanita S. Kisona yang meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bulan lepas pula akan berdepan Pornpicha Choeikeewong dari Thailand pada pusingan pertama esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2023

Nur Mohd Azriyn Ayub-Low Juan Shen melangkah ke pusingan kedua selepas mengecewakan wakil Korea Selatan Jin Yong - Na Sung Seung 21-18, 21-14. - Gambar hiasan
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Tang Jie-Ee Wei mara ke final Masters Thailand
Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei meneruskan rentak kecemerlangan mereka apabila berjaya menempah tempat di final Masters Thailand di Bangkok, hari ini.

V Shem-Wee Kiong mara ke suku akhir Masters Thailand
Beregu lelaki nombor satu negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong layak ke pusingan suku akhir Kejohanan Masters Thailand Puteri Sirivannavari di Bangkok, pada Rabu.