Teka-teki mengenai pasukan mana bakal disertai pelumba MotoGP negara Hafizh Syahrin Abdullah mungkin diketahui selepas beliau menamatkan dua perlumbaan iaitu masing-masing di Republik Czech hujung minggu ini dan Austria, pada 9 hingga 11 Ogos.
Hafizh Syahrin menegaskan dia mahu memberi tumpuan kepada dua perlumbaan berkenaan selepas berehat panjang selama tiga minggu, sebelum membuat sebarang keputusan berhubung statusnya bersama pasukan Red Bull KTM Tech 3.
"Buat masa sekarang, tidak boleh lagi saya katakan apa-apa sebab saya perlu beri masa sedikit kepada diri saya dan juga penaja kerana saya masih dalam perbincangan.
"Mungkin dalam dua perlumbaan terdekat ini akan dapat tahu apa keputusan saya, di mana saya pergi," katanya kepada pemberita selepas pelancaran FIM Endurance World Championship (EWC) and FIA World Touring Car Cup (WTCR), semalam.
Masa depan Hafizh menjadi tanda tanya apabila pasukannya, Red Bull KTM Tech 3, mengikat kontrak dengan pelumba dari Afrika Selatan Brad Binder, untuk menggantikan pelumba berusia 25 tahun itu pada akan datang.
Sementara itu, Hafizh Syahrin berharap agar pasukannya dapat melakukan sedikit perubahan terhadap jentera yang digunakannya menjelang aksi di Republik Czech dan Austria.
"Saya harapkan pakej yang lebih baik untuk jentera saya, kerjasama dari segi 'turning' untuk 'cornerkan' jentera saya, buat masa sekarang ini agak sukar untuk saya ada 'feeling' dengan motor untuk 'braking' dan 'corner'," katanya.
Hafizh Syahrin yang terkenal dengan jolokan 'El Pescao' (little fish) sebelum ini pernah bergelut dengan masalah jentera yang memberi kesan terhadap prestasinya di perlumbaan pertama kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang berlangsung di Sirkit Antaranbangsa Losail, Qatar pada Mac lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 30 2019
Pelumba MotoGP negara Hafizh Syahrin ketika ditemu bual wartawan pada Majlis Pelancaran Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2019 awal bulan ini. - Foto fail
AWANI Ringkas: Tegakkan undang-undang antarabangsa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA gagalkan cubaan seludup rokok bernilai lebih RM100,000
Rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota Batalion 8 PGA menerusi Op Taring Alpha dalam serbuan ke atas sebuah premis sekitar 8.30 pagi.
AWANI Pagi: seruan inovasi untuk revolusi industri getah
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Ketua Pegawai Eksekutif P2 Biotech, Mohd Hazim Nordin membincangkan mengenai revolusi dalam industri getah melalui inovasi dan teknologi terkini bertujuan menarik minat golongan muda sebagaimana saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
KTMB tingkat kawalan rondaan cegah insiden pencerobohan
KTMB juga akan adakan perbincangan lanjut dengan APAD bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan serta penguatkuasaan undang-undang.
Emir Qatar pemimpin Arab pertama lawat Syria sejak kejatuhan Bashar al-Assad
Kunjungan Sheikh Tamim menandakan pemulihan penting hubungan Qatar-Syria.
Prestasi Pasaran Saham: Faktor penurunan dan pemacu utama
Bersama Ketua, MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof untuk membincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kelembapan pasaran saham baru-baru ini dan implikasinya terhadap pelabur.
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
Toyota kekal peneraju pengeluar kereta terbesar dunia pada 2024
Toyota Motor Corp mengekalkan gelaran sebagai pengeluar kereta terbesar dunia berdasarkan jumlah jualan untuk tahun kelima berturut-turut pada 2024, didorong oleh permintaan kukuh bagi kenderaan hibrid, menurut data yang dikeluarkan pada Khamis.
Masjid, surau di Sarawak diarah laksana solat hajat bencana banjir selepas Jumaat
Solat ini bertujuan memohon kesejahteraan mangsa banjir serta agar bencana tersebut segera diangkat.
Pemulihan ekonomi Palestin melalui Bandar Wakaf Gaza
Projek Bandar Wakaf Malaysia di Gaza yang bakal dilancarkan selepas Ramadan ini bakal menjadi model pertama pembangunan wakaf Malaysia di Palestin sekali gus memperlihatkan bukti solidariti negara terhadap rakyat Palestin.
Masa depan Hafizh Syahrin bakal terjawab
Teka-teki mengenai pasukan mana bakal disertai pelumba MotoGP negara Hafizh Syahrin Abdullah mungkin diketahui selepas beliau menamatkan dua perlumbaan iaitu masing-masing di Republik Czech hujung min