Marcel Kittel mempamer kayuhan bertenaga untuk menjuarai peringkat pertama.

Pelumba kelahiran Jerman itu kini mendahului saingan keseluruhan dengan kelebihan empat saat.

Edisi ke-empat jelajah ini bermula pada Isnin dengan saingan sejauh 162 kilometer dari Al-Mussanah ke Universiti Sultan Qaboos.

Beberapa nama besar turut mengambil bahagian antaranya Bradley Wiggins, Chris Froome dan Alberto Contador.

Bobbie Traksel dan Kohei Uchima lebih mencuri tumpuan dengan membuat breakaway di awal saingan.

Mereka bagaimanapun dikejar pada peringkat pendakian di Rustaq menuju ke garisan penamat.

Kittel lebih unggul apabila membuat pecutan awal untuk menamatkan saingan di tempat pertama.

Dia mengatasi dua pelumba Perancis Davide Appollonio dan Nacer Bouhanni.