SHAH ALAM: Keputusan Selangor menawarkan diri menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 dibuat selepas mengambil kira manfaat yang bakal diperoleh melalui penganjuran temasya sukan dwitahunan berprestij itu.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi berkata tawaran itu adalah selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk mengangkat prestasi sukan serta keupayaan atlet negeri selepas kali terakhir Selangor menjadi tuan rumah pada 1998, iaitu 28 tahun lepas.
Beliau berkata penganjuran acara sukan yang dilangsungkan setiap dua tahun itu juga berpotensi mengangkat sektor pelancongan sukan yang merupakan satu daripada elemen penting dalam agenda pemerkasaaan ekonomi negeri.
"Selangor memiliki hampir semua kemudahan infrastruktur sukan bertaraf antarabangsa dan yakin melalui penganjuran SUKMA, kita mampu menjana ekonomi kepada negeri dan rakyat melalui kehadiran peminat sukan dari seluruh negeri dan juga dari Asia Tenggara.
"Atas faktor itu, kita melihat Selangor perlu ambil peluang penganjuran sukan berprestij ini untuk menjana ekonomi setempat.
"Dari segi penganjuran mungkin kita perlu mengeluarkan kos, tetapi kalau dilihat dari segi impak, ia sebenarnya amat bermanfaat dan memberi pulangan kepada negeri," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Bizmatch Mega PKNS di Dewan Raja Muda Musa di sini hari ini.
Mohd Najwan berkata demikian ketika mengulas mengenai persediaan dan manfaat kepada Selangor selepas dipilih menjadi tuan rumah SUKMA 2026.
Khamis lepas, Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh memutuskan Selangor sebagai tuan rumah SUKMA 2026 selepas Selangor dilaporkan tampil menawarkan diri untuk mengelolakan kejohanan edisi ke-22 itu.
Dalam pada itu, Mohd Najwan berkata penganjuran SUKMA memberi peluang kepada Selangor untuk menaik taraf kemudahan sukan sedia ada.
Beliau berkata pihaknya bersedia menjadikan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) yang kini dalam proses pembinaan sebagai venue utama SUKMA jika kemudahan moden itu dapat disiapkan mengikut jadual ditetapkan.
"Kita harap pembinaan kompleks sukan ini dapat disiapkan mengikut jadual. Jika ia dapat disempurnakan dengan baik, kita boleh jadikan sebagai venue utama penganjuran majlis perasmian nanti," katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata proses pembinaan semula Stadium Shah Alam yang dijenamakan sebagai KSSA berjalan lancar dan dijangka siap pada hujung 2026 seperti dijadualkan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 23 2024
![Manfaat ekonomi, pembangunan atlet antara faktor Selangor tawar jadi tuan rumah SUKMA 2026 Manfaat ekonomi, pembangunan atlet antara faktor Selangor tawar jadi tuan rumah SUKMA 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721727023_tbNajwanHalimi.jpg)
Mohd Najwan berkata tawaran itu adalah selari dengan hasrat kerajaan negeri untuk mengangkat prestasi sukan serta keupayaan atlet negeri selepas kali terakhir Selangor menjadi tuan rumah pada 1998, iaitu 28 tahun lepas. - Gambar Bernama
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
Indonesia tingkat amaran letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan tahap amaran di Gunung Lewotobi Laki-Laki di Pulau Flores ke paras tertinggi susulan peningkatan mendadak aktiviti seismik di sekitar gunung berapi tersebut.
Robert F Kennedy Jr angkat sumpah setiausaha kesihatan AS
Robert F. Kennedy Jr, disahkan oleh Senat Amerika Syarikat sebagai Setiausaha Kesihatan pada Khamis.
50 negara terkesan pembekuan dana USAID
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesus mendedahkan, pembekuan bantuan luar berjumlah puluhan bilion dolar oleh Amerika Syarikat (AS) telah menjejaskan pelaksanaan program menangani HIV, polio, mpox dan selesema burung di seluruh dunia.
Keganasan terhadap kanak-kanak Palestin di Tebing Barat membimbangkan
Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran mengenai peningkatan keganasan terhadap kanak-kanak di Tebing Barat, susulan operasi ketenteraan besar-besaran yang dilancarkan oleh rejim tersebut di wilayah berkenaan.
Al-Azhar gesa dunia sokong pendirian Mesir dan negara Arab
Institusi Agama Mesir Al-Azhar Al-Sharif menegaskan rakyat Palestin berhak menentukan nasib mereka sendiri dan tiada siapa boleh memaksa mereka untuk menerima cadangan pemindahan secara paksa.
Ketua Liga Arab tegas ingatkan "Gaza bukan untuk dijual"
Setiausaha Agung Liga Arab menegaskan pendirian tegas organisasi itu menolak sebarang percubaan untuk menyingkirkan rakyat Palestin dari tanah mereka, sambil menekankan bahawa "Gaza bukan untuk dijual''.
![Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739488186_AliffRakib.jpg)
Aliff Rakib tampil pada Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 di Tunjong
Kejohanan Muay Thai T-Fight 2025 bakal menampilkan juara kategori catchweight pada aksi One Championship Ahmad Nor Iman Aliff Rakib sebagai tetamu jemputan di pekarangan Mydin Mall Tunjong di sini eso
![Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan' Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739486382_DonaldTrump.jpg)
Trump umum rancangan tarif timbal balik kepada 'kawan dan lawan'
Ini sekali gus mungkin mencetuskan konfrontasi ekonomi yang lebih luas dengan harapan untuk menghapuskan sebarang ketidakseimbangan perdagangan.
![Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739487963_AsmatKamaludin.jpg)
Perodua sedia jadi penaja acara sukan termasuk bola sepak
Asmat berkata ini sebahagian daripada usaha untuk penglibatan yang lebih meluas dalam dunia sukan.
![Laos sasar 4.3 juta pelancong asing pada 2025 Laos sasar 4.3 juta pelancong asing pada 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41684149264_Laos.jpg)
Laos sasar 4.3 juta pelancong asing pada 2025
Laos menyasarkan untuk menarik 4.3 juta pelancong antarabangsa pada 2025, dengan jangkaan menjana pendapatan lebih US$1 bilion.
![ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737274407_MohamadHasan.jpg)
ASEAN 2025: Visa tunggal pelancong antara agenda tumpuan
Pelaksanaan visa tunggal ASEAN diletakkan sebagai salah satu sasaran Malaysia selaku Pengerusi untuk 2025.
![ATF 2025: ASEAN perlu tingkat kerjasama rentas sempadan, galakkan lebih ramai pelancong ATF 2025: ASEAN perlu tingkat kerjasama rentas sempadan, galakkan lebih ramai pelancong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41737272190_TBTIONKING.jpg)
ATF 2025: ASEAN perlu tingkat kerjasama rentas sempadan, galakkan lebih ramai pelancong
Negara-negara blok ASEAN mesti terus menjalin kerjasama erat dalam aspek rentas sempadan sebagai usaha menggalakkan kemasukan lebih pelancong ke negara rantau ini.
![MOTAC anjur sesi libat urus dengan pemain industri sempena kempen VM2026 MOTAC anjur sesi libat urus dengan pemain industri sempena kempen VM2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736420549_TBVM.jpg)
MOTAC anjur sesi libat urus dengan pemain industri sempena kempen VM2026
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui agensinya, Tourism Malaysia, telah mengadakan sesi libat urus bersama pemain dan pemegang taruh industri pelancongan Wilayah Tengah, hari ini.
![VM2026: Pemain industri pelancongan digesa tingkatkan perkhidmatan - Tiong VM2026: Pemain industri pelancongan digesa tingkatkan perkhidmatan - Tiong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736414510_TBKINGSING.jpg)
VM2026: Pemain industri pelancongan digesa tingkatkan perkhidmatan - Tiong
Pemain industri pelancongan digesa supaya bersiap sedia dan meningkatkan perkhidmatan mereka selari dengan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026.
![Lebih 35 juta pelancong kunjungi Thailand pada 2024 Lebih 35 juta pelancong kunjungi Thailand pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736205546_WatAruntempleCha.jpg)
Lebih 35 juta pelancong kunjungi Thailand pada 2024
China kembali menjadi sumber utama pelancong ke Thailand dengan lebih daripada enam juta pelawat pada tahun lalu, diikuti oleh Malaysia dan India.
![Terengganu catat 7.8 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 4.5 juta Terengganu catat 7.8 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 4.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735652004_gasing.jpg)
Terengganu catat 7.8 juta kedatangan pelancong, atasi sasaran 4.5 juta
Terengganu mencatatkan kedatangan seramai 7.8 juta pelancong sepanjang tahun ini, sekali gus melepasi sasaran yang ditetapkan sebanyak 4.5 juta orang.
![PM Anwar mahu lebih banyak produk pelancongan papar kisah legenda, sejarah tempatan PM Anwar mahu lebih banyak produk pelancongan papar kisah legenda, sejarah tempatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735201425_TBAnwaribrahim.jpg)
PM Anwar mahu lebih banyak produk pelancongan papar kisah legenda, sejarah tempatan
Anwar kagum dengan kreativiti Dream Forest Langkawi dalam mempamerkan keunikan Pulau Langkawi dan memaparkan legenda serta mitos tempatan, yang merupakan sebahagian daripada warisan negara.
![Hab produk halal diperluas kepada industri pelancongan Hab produk halal diperluas kepada industri pelancongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734822662_tbAbRaufYusoh.jpg)
Hab produk halal diperluas kepada industri pelancongan
Produk halal perlu dikembangkan kepada sektor pelancongan dan dimanfaatkan oleh usahawan serta syarikat yang berada dalam industri halal.
![Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720679430_AbdulKarimRahman.jpg)
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.