JUARA Liga Perdana Inggeris, Manchester City muncul juara Perisai Komuniti selepas menang menerusi penentuan penalti menewaskan Liverpool 5-4 di Stadium Wembley, pada Ahad.
Manchester City yang juga merupakan juara Piala FA, mendahului permainan pada separuh masa pertama menerusi jaringan pemain sayap Raheem Sterling pada minit ke-12.
Bagaimanapun pada separuh masa kedua, pasukan 'The Reds' itu berjaya menyamakan kedudukan melalui tandukan tepat Joel Matip pada minit ke-77.
Permainan berlangsung sengit hingga ke minit ke-90 di mana kedudukan menjadi terikat 1-1.
Perlawanan seterusnya dibawa ke sepakan penentuan penalti yang menyaksikan Man City menang dengan keputusan penuh 5-4.
Bagi penentuan penalti tersebut, gol-gol Liverpool telah dijaringkan oleh Xherdan Shaqiri, Adam Lallana, Alex Oxlade-Chamberlain, Mohamad Salah.
Manakala gol-gol Man City pula dijaringkan oleh Ilkay Gundogan, Bernardo Silva, Phil Foden, Oleksandr Zinchenko dan Gabriel Jesus.
Sepakan dari pemain tengah Liverpool, Georginio Wijnaldum yang gagal kerana telah diselamatkan penjaga gol City, Claudio Bravo menghadiahkan kemenangan kepada skuad kendalian Pep Guardiola itu.
Haider Yutim
Sun Aug 04 2019
Manchester City muncul juara Perisai Komuniti selepas menang menerusi penentuan penalti menewaskan Liverpool 5-4. - Foto AP
Gitar milik George Harrison dijangka cecah RM3.38 juta dalam lelongan
Gitar Futurama berkenaan dibeli di sebuah kedai alat muzik di Liverpool dan dimain oleh Harrison pada awal tahun 1960-an.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
Piala Sumbangsih: Arteta manfaat peraturan baharu bawa Arsenal julang gelaran
Pengurus The Gunners, Arteta, dilayangkan kad kuning oleh pengadil, Stuart Attwell, kerana membangkang keputusannya.
Perisai Komuniti: Arsenal bukti keunggulan tumbangkan Manchester City dalam penentuan penalti
Kesilapan Manuel Akanje pada minit terakhir waktu kecederaan, mengheret perlawanan itu ke penentuan sepakan penalti.
Kenapa Man City pakai jersi stail lama? Ini jawapannya
Jersi ini mengimbau kembali kenangan corak jersi pada era 70an yang hanya menggunakan dua warna iaitu biru muda dan putih.
Man City tewaskan Liverpool untuk muncul juara Perisai Komuniti
Juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City muncul juara Perisai Komuniti selepas menang menerusi penentuan penalti menewaskan Liverpool 4-1 malam ini.