KUALA LUMPUR: Sedih, terkejut dan tak tau nak kata apa. Itulah gambaran emosi penerjun negara Nur Dhabitah Sabri selepas pengumuman bahawa jurulatihnya Christian Brooker akan meninggalkan kem latihan terjun negara tidak lama lagi.
Beliau yang menganggap jurulatih dari Australia seperti 'ayahnya sendiri' dalam sukan terjun, atlet berusia 22 tahun itu berkata pemergian Brooker akan menjadi satu kehilangan besar, kerana jurulatih itulah yang telah membuatkan beliau kembali jatuh cinta dengan sukan terjun semula, selepas beliau kecewa dengan sukan itu suatu ketika dahulu.
Nur Dhabitah berkata, ini kerana beliau hampir bersara daripada sukan terjun lebih setahun lepas.
Sebaliknya kata-kata semangat Brooker 'never say die', yang membuatkan dirinya kembali dan memulakan semula dalam sukan terjun.
"Beliaulah penyebab saya untuk minat sukan terjun semula. Saya hampir berhenti dan merasakan yang sukan terjun sesuatu yang tidak berguna, selepas pandemik COVID-19 melanda dunia.
"Ia amat tertekan sekali untuk berlatih di bawah konsep gelembung sukan dan dalam keadaan saya terpaksa berpisah dengan keluarga untuk sementara membuatkan saya berasa sedih. Tetapi saya gembira kerana Brooker sentiasa ada dan beliau sentiasa mengalakkan dan menaikkan semangat saya untuk penyertaan di Jepun," katanya kepada Bernama pada Jumaat.
Anak Kuala Lumpur itu berkata beliau tentunya akan rasa kehilangan jurulatih berusia 40 tahun itu kerana amat mudah berkomunikasi dengannya dan mudah untuk berkongsi masalahnya dengan jurulatih itu, sama ada berkaitan sukan itu mahupun isu peribadi.
Malah, Nur Dhabitah yang telah berada di bawah pengawasan Brooker sejak 2018 mengakui tidak pernah mengalami masa bosan dengan jurulatih itu dan menghargai cara beliau menerapkan elemen menarik dan tidak membosankan dalam sesi latihan mereka.
"Beliau amat suka memberikan sokongan, dia tidak kasar dengan kami - apa lagi menggunakan perkataan yang kasar ketika berlatih. Beliau sentiasa berikan saya dan penerjun lain kebebasan dan senang untuk berbincang mengenai apa perubahan yang kami rasakan sesuai, untuk kami sebagai penerjun.
"Saya suka bagaimana beliau menguruskan situasi di Olimpik Tokyo baru-baru ini, beliau tidak merungut dan masih memberikan maklum balas yang positif walau apa pun hasilnya," katanya.
Walaupun tidak dapat membawa pulang pingat untuk negara dalam penyertaaan keduanya di Olimpik Jepun, Nur Dhabitah mencuri hati rakyat Malaysia dengan prestasinya yang baik dan senyuman menawannya pada setiap terjunannya di Pusat Akuatik Tokyo, bulan lepas.
Beliau hampir membawa pulang pingat gangsa acara terjun papan anjal 3 meter (m) individu akhir, selepas menduduki tempat keempat dengan 326.15 mata, di belakang juara bertahan Shi Tingmao (383.50 mata), Wang Han (348.75) kedua-duanya dari China dan atlet Amerika Syarikat Krysta Palmet (343.75 mata).
Ditanya mengenai sesi latihan terakhirnya bersama Brooker Isnin lepas, pemenang pingat perak Sukan Asia 2018 itu berkata, Brooker gembira untuk melihat prestasi atletnya pada masa ini, dan menyatakan kepada para penerjun yang mereka masih boleh menghubunginya jika mereka memerlukan nasihat darinya.
Dalam masa sama Nur Dhabitah berharap jurulatih yang selepas ini akan terbuka untuk menerima cadangan dan mudah untuk berkomunikasi dan dapat membina persefahaman yang baik dengan beliau dan rakan sepasukan.
Baru-baru ini, media melaporkan Majlis Sukan Negara (MSN) tidak akan menyambung kontrak Brooker sebagai jurulatih untuk pasukan elit terjun, yang dikatakan tamat selepas bulan ini.
Dipercayai kegagalan untuk penerjun lelaki layak ke Olimpik Tokyo merupakan antara sebab mengapa keputusan itu dibuat terhadap Brooker, yang telah dibawa masuk bagi membantu jurulatih dari China Zhang Yukun selepas bekas ketua jurulatih Yan Zhuliang meninggalkan pasukan neagara lewat 2017.
Tokyo Olimpik menjadi medan pertama sejak Sydney 2000, menyaksikan penyertaan Malaysia di Olimpik tanpa aksi atlet terjun lelaki.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 17 2021
Nur Dhabitah yang telah berada di bawah pengawasan Brooker sejak 2018 mengakui dia tidak pernah mengalami masa bosan dengan jurulatih dari Australia itu. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Olimpik Paris 2024: Dhabitah tak menyesal, anggap masa 'musuh' terbesar
Meskipun keputusan yang diraih tidak seperti yang diharapkannya, tetapi Dhabitah berkata dia itu tidak pernah menyesal.
Nur Dhabitah perlu serlahkan potensi jika mahu bangkit di LA28 - Bryan Nickson Lomas
Persekutuan Renang Malaysia masih lagi menagih khidmat atlet kelahiran Kuala Lumpur itu.
Olimpik Paris 2024: Bryan tak jangka Nur Dhabitah lakukan kesilapan agak besar
Pengarah teknikal skuad terjun negara Bryan Nickson Lomas tidak menyangka penerjun negara Nur Dhabitah Sabri melakukan kesilapan agak besar di pertengahan saingan akhir acara 3 meter (m) papan anjal w
'Belum sedia cabaran Olimpik Paris 2024' - Dhabitah
Penerjun berusia 25 tahun itu mendedahkan bahawa perjalanan beliau ke Sukan Olimpik Paris 2024 jauh daripada lancar.
Olimpik Paris 2024: Kem terjun pulang tangan kosong lagi
Kem terjun negara pulang tangan kosong dari Sukan Olimpik buat kali kedua berturut-turut.
Olimpik Paris 2024: Misi buru pingat tertangguh, Dhabitah raih tempat ke-12
Dhabitah yang bersaing dengan 11 penerjun lain menamatkan saingan di tempat ke-12 pada aksi akhir.
Olimpik Paris 2024: Nur Dhabitah kekal dalam perebutan pingat, Ashley tersasar
Nur Dhabitah Sabri berjaya mengekalkan kedudukan dalam perebutan pingat untuk acara 3 meter papan anjal wanita Sukan Olimpik Paris 2024 dengan mara ke final.
Olimpik Paris 2024: Dhabitah ke final, misi buru pingat acara 3m papan anjal
Keputusan itu menyaksikan Nur Dhabitah menyertai 11 penerjun lain mara ke peringkat perebutan pingat yang dijadualkan berlangsung pada Jumaat.
Olimpik Paris 2024: Dhabitah elak mental 'koyak'
Nur Dhabitah Sabri mempersiapkan mentalnya bagi menghadapi pusingan separuh akhir acara 3 meter papan anjal Sukan Olimpik Paris 2024 yang berlangsung hari ini (4 petang waktu Malaysia).
Cabaran Malaysia kembali hangat di Paris 2024
Cabaran Kontinjen Malaysia pada hari ke-12 Olimpik Paris 2024 kembali hangat dengan atlet negara beraksi dalam empat jenis sukan.