KUALA LUMPUR: Malaysia melangkah ke pusingan separuh akhir Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia 2023 di Spokane, Amerika Syarikat selepas melakar kemenangan bergaya 3-0 ke atas India dalam aksi suku akhir pada Khamis.
Pada aksi yang berlangsung di Podium, gandingan beregu campuran Bryan Jeremy Goonting-Chan Wen Tse hanya memerlukan 36 minit untuk menyumbangkan mata pertama buat negara selepas menewaskan Sathwik Reddy Kanapuram-Vaishnavi Khadkekar, 21-12 dan 21-16.
Momentum itu diteruskan perseorangan lelaki Eogene Ewe dalam pertembungan tiga set 21-18, 16-21, 21-16 ke atas Ayush Shetty dalam tempoh 62 minit untuk meraih mata kedua buat kem badminton remaja negara.
Pemain perseorangan wanita remaja negara, Ong Xin Yee tanpa menoleh belakang terus menyumbang mata ketiga bagi melengkapkan kemenangan buat Malaysia dengan menumpaskan Devika Sihag 18-21, 21-16 dan 21-14.
Skuad remaja negara akan meneruskan perjuangan bertemu China pada aksi separuh akhir lewat hari ini.
Pada edisi lepas, Malaysia menamatkan saingan berpasukan campuran di tempat kesembilan selepas menewaskan Denmark 4-1.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 29 2023
![Malaysia tempah slot separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia Malaysia tempah slot separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695953684_BADMINTON.jpg)
Gandingan beregu campuran Bryan Jeremy Goonting-Chan Wen Tse hanya memerlukan 36 minit untuk menewaskan Sathwik Reddy Kanapuram-Vaishnavi Khadkekar, 21-12 dan 21-16. - Foto Facebook/BAM
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai Rakan Dialog ASEAN.
Brazil tidak mahu mula perang dagang dengan Amerika Syarikat
Menteri Hubungan Institusi Brazil, Alexandre Padilha berkata, negaranya sentiasa komited untuk mengukuhkan perdagangan bebas di peringkat global.
Tarif terhadap keluli Mexico tidak munasabah
Menteri Ekonomi Mexico, Marcelo Ebrard berkata, negaranya mengimport lebih banyak keluli dari Amerika Syarikat berbanding mengeksport komoditi itu.
![Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739353845_KementerianPengajia.jpg)
Program Jom Masuk U 2025 bermula 22 Feb - KPT
Program Jom Masuk U 2025 (JMU 2025) bakal memulakan siri jelajah ke 10 zon di seluruh negara bermula pada 22 Feb hingga 18 Mei depan.
Harga minyak mentah menurun susulan lebihan simpanan di AS
Harga komoditi itu turut menerima tekanan menurun akibat kebimbangan mengenai tarif perdagangan yang dilaksanakan pentadbiran Presiden Donald Trump.
Sarawak mesti berkuasa dalam pengagihan sumber minyak dan gas - Abang Jo
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ini walaupun kerajaan negeri telah bersetuju untuk mengiktiraf Akta Pembangunan Petroleum Malaysia 1974 yang memberikan kuasa itu kepada Petronas sebelum ini.
Perdagangan Malaysia melonjak 5.5 peratus pada 2024
Perdagangan borong dan runcit negara meningkat kepada RM1.77 trilion tahun lalu, didorong oleh permintaan kukuh, kestabilan persekitaran ekonomi dan aktiviti pelancongan yang meningkat.
Pengambilalihan muktamad, Maswings kini dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangan Sarawak yang diambil alih daripada Maswings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
Premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bersedia untuk mengadakan sesi pendengaran awam berhubung kenaikan premium insurans kesihatan/takaful, dan caj hospital swasta.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ia merupakan sebahagian daripada usaha PAC untuk membantu kerajaan merangka reformasi penjagaan kesihatan.
![SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738669058_tbSPRM.jpg)
SPRM perhebat penyiasatan, pergiat kerjasama untuk tingkat kedudukan Malaysia dalam CPI
SPRM terus memperhebat penyiasatan dan mempergiat kerjasama dengan semua pihak berkepentingan bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI).
![Malaysia tempah slot separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia Malaysia tempah slot separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/81695953684_BADMINTON.jpg)
Malaysia tempah slot separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia
Skuad remaja negara akan meneruskan perjuangan bertemu China pada aksi separuh akhir lewat hari ini.
![Remaja Dunia: Malaysia teruskan rentak cemerlang di Spokane Remaja Dunia: Malaysia teruskan rentak cemerlang di Spokane](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61695782839_badminton.jpg)
Remaja Dunia: Malaysia teruskan rentak cemerlang di Spokane
Low Han Chen-Chan Wen Tse kutip mata pertama negara, ambil masa 18 minit untuk tundukkan Davis Strazdins-Nikola Mukiele.