Malaysia meraih lima pingat emas, satu perak dan dua gangsa dalam kejohanan Sukan Para Remaja Asia Ke-3 (AYPG) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang berlangsung dari 10 Dis hingga semalam.
Meskipun hanya menghantar kontinjen kecil dianggotai 12 atlet pada kejohanan yang disertai oleh lebih 800 atlet dari 30 negara Asia, Malaysia menamatkan saingan di kedudukan ke-14 secara keseluruhan.
Pemain ping pong negara, Chee Chaoming beraksi cemerlang apabila meraih emas dalam kategori perseorangan lelaki SM9 dan acara berpasukan lelaki SM9-10 dengan gandingan Ahmad Syahir Mohamad Kamal Saupi.
Turut meraih emas ialah atlet olahraga Eddy Bernard menerusi acara 100m dan lompat jauh T38 (palsi serebrum) bawah 18 tahun lelaki dan Wan Nuraizri Wan Azman dalam acara 97kg powerlifting.
Ahmad Syahir turut meraih pingat perak acara perseorangan lelaki SM10.
Dua pingat gangsa negara disumbangkan oleh Muhammad Zulhaizat Zainal Abidin menerusi acara 200m dan 400m T13 (masalah penglihatan) lelaki B-20.
Ketua Kontinjen, Siti Zaharah Abdul Khalid berkata, Malaysia menghadapi beberapa cabaran daripada segi pengurusan temasya seperti masa persediaan yang singkat selepas selesai Sukan Para ASEAN pada September lepas.
"Jika tidak, kemungkinan besar kita dapat meningkatkan pungutan pingat yang dicapai," katanya ketika dihubungi Bernama.
Jepun, yang merupakan tuan rumah edisi sulung pada 2009, muncul juara selepas merangkul 43 emas, 29 perak dan 26 gangsa, diikuti oleh Iran (39-44-35), China (27-9-5), Uzbekistan (20-6-2) dan Thailand (19-15-19).
Untuk rekod, ketika Malaysia menjadi tuan rumah edisi sebelum ini, empat tahun lepas, kontinjen negara merangkul tempat keempat keseluruhan selepas meraih 19 pingat emas, 22 perak dan 18 gangsa. -- Bernama
Bernama
Fri Dec 15 2017

Chee Chaoming (gambar) meraih emas dalam kategori perseorangan lelaki SM9 dan acara berpasukan lelaki SM9-10 dengan gandingan Ahmad Syahir Mohamad Kamal Saupi. - Facebook/Chee Chaoming
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Malaysia raih 5 emas di AYPG
Malaysia meraih lima pingat emas, satu perak dan dua gangsa dalam kejohanan Sukan Para Remaja Asia Ke-3 di Dubai yang berlangsung dari 10 Dis hingga semalam.