KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berharap kegagalan kontinjen negara mencapai sasaran di Sukan SEA Kemboja, mampu membuka mata semua pihak mengenai keperluan melakukan penstrukturan semula model sukan negara.
Beliau berkata sekiranya Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 40 pingat emas yang ditetapkan, pada hakikatnya ia bukanlah satu keputusan yang boleh diagungkan.
Mohamad Norza berkata Malaysia tidak sepatutnya bersaing dengan Singapura atau Filipina, sebaliknya mencabar Vietnam, Thailand dan Indonesia, untuk kedudukan tiga teratas pada temasya berkenaan.
"Jika capai 40 emas pun, adakah ia akan mengubah kedudukan Malaysia di tempat ketujuh? Adakah negara kita perlu buat perbandingan dengan Singapura menerusi perbezaan 17 pingat emas atau Vietnam yang berbeza 102 emas.
"Model sukan di negara kita sudah lapuk dan perlukan perubahan...Dunia sudah berubah, begitu juga sukan, kita perlu terima perubahan dan bawa masuk idea baharu. Kita perlu kembali jadi tiga terbaik di Asia Tenggara," katanya pada sidang media Rangkuman Prestasi Sukan SEA Kemboja di sini, hari ini.
Malaysia mencatatkan pencapaian terburuk dalam sejarah temasya dwitahunan itu sejak 1959, apabila menamatkan cabaran di kedudukan ketujuh keseluruhan dengan 34 pingat emas, 45 perak dan 97 gangsa, sekali gus gagal mencapai sasaran 40-37-64.
Vietnam mempertahankan gelaran juara keseluruhan dengan kutipan 136-105-118, manakala tuan rumah Kemboja mencatatkan pencapaian terbaik mereka dengan buruan 81-74-127 pingat, untuk berada di tempat keempat.
Sementara itu, Mohamad Norza turut menggesa pihak persatuan sukan kebangsaan (NSA) untuk melakukan reformasi institusi dengan mencipta dua 'enjin' untuk meningkatkan bakat dalam sukan.
"Cukupkah dengan hanya mempunyai persatuan negeri, bagaimana dengan kelab dan sektor swasta? Perlu membesarkan jumlah bakat yang ada menerusi kelab," katanya.
Beliau turut meminta Persatuan Olahraga Malaysia (KOM) dan Persekutuan Renang Malaysia (MS), untuk bertindak segera memperbaiki prestasi masing-masing, kerana kedua-dua sukan itu menawarkan jumlah pingat yang paling banyak, dengan 86 emas menjadi pertaruhan.
"Renang hanya mendapat satu daripada 39 pingat emas dan olahraga lima daripada 47 emas. Sejak Sukan SEA 2019 di Filipina lagi saya dah cakap mengenai dua sukan ini, kerana ia merupakan sukan kategori satu, jadi kita perlu buat keutamaan dengan betul dan kembangkan peranan masing-masing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023
Mohamad Norza berkata Malaysia tidak sepatutnya bersaing dengan Singapura atau Filipina, sebaliknya mencabar Vietnam, Thailand dan Indonesia, untuk kedudukan tiga teratas pada temasya berkenaan. - Gambar fail/Bernama
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Enam lelaki bertopeng samun tiga kilogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Ipoh.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
[TERKINI] Luruan monsun kuat hingga hujung bulan, amaran hujan berterusan
MetMalaysia jangkakan luruan monsun kuat berlanjutan hingga hujung bulan ini, berpotensi sebabkan hujan sangat lebat dan berterusan
Olimpian wanita pertama negara meninggal dunia
Olimpian wanita pertama negara, Annie Choong, menghembuskan nafas yang terakhir semalam -- pada usia 90 tahun.
Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia dibina di Malaysia - Norza
Inisiatif pertama dilakukan Mohamad Norza selepas terpilih sebagai Naib Presiden OCA bagi Asia Tenggara ialah pembinaan Pusat Badminton Berprestasi Tinggi Asia di Kuala Lumpur, Malaysia.
Olimpik Paris: Saya mahu atlet buat yang terbaik supaya tidak kecewa - Hannah
Genggam bara api biar sampai jadi arang.
Sukan Olimpik: MOM komited utamakan kesejahteraan atlet di Paris
MOK komited untuk mengekalkan ketelusan dan akauntabiliti dalam semua operasinya dan menekankan perancangan semua perbelanjaan dengan teliti.
Skuad berbasikal trek negara uji jentera WX-R Vorteq versi baharu
Skuad berbasikal trek kebangsaan mendapat suntikan dalam perjuangan membutirkan emas pertama Sukan Olimpik Paris 2024 apabila mendapat basikal baharu WX-R Vorteq versi terkini.
Tidak dapat tidak, atlet RTG mesti bawa pulang emas - MOM
Atlet di bawah projek Road To Gold (RTG) tidak mempunyai pilihan selain memenangi emas yang diidam-idamkan Malaysia pada Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Jin Wei, jurulatih berhubung melalui telefon semasa Sukan Olimpik Paris 2024
Jin Wei akan menerima panduan, bimbingan dan sokongan berterusan daripada Nova Armada menerusi panggilan telefon apabila beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024.
LA28: KBS bincang keperluan skuad skuasy jalani latihan di luar negara
Persiapan awal bagi skuad skuasy termasuk keperluan menjalani latihan di luar negara untuk memburu pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28) sedang dibincang dan diperhalusi.
Paris 2024: MOM bakal berbincang dengan Yonex, tambah baik reka bentuk jaket kontinjen negara
MOM akan berbincang dengan Yonex untuk menambah baik reka bentuk jaket yang melambangkan status negara dan memenuhi harapan rakyat jelata.
Sukan Olimpik: Tiada makna rekaan pakaian cantik tapi tidak bawa pulang emas - Hamidin
Rekaan yang cantik pada pakaian rasmi kontinjen negara ke Sukan Olimpik 2024 tidak membawa sebarang erti, sekiranya mereka gagal menjelmakan kilauan emas sulung negara di Paris nanti.