DOHA: Malaysia tidak mempunyai pilihan selain meraih kemenangan, untuk mencerahkan peluang melakar sejarah mara ke pusingan 16 terbaik ketika bertemu Jordan, pada perlawanan pertama Kumpulan E kempen Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub di sini, Isnin depan (Selasa, 16 Jan waktu Malaysia).
Penjaga gol nombor satu Harimau Malaya Ahmad Syihan Hazmi Mohamed berkata tiga mata bertemu skuad yang diberi julukan The Chivalrous Ones itu mustahak, serta mampu mengurangkan tahap tekanan sebelum bertemu Bahrain dan juara dua kali Korea Selatan.
"Perlawanan pertama kena menang, kena kutip mata...kenapa kena menang dengan Jordan sebab kita kena ambil peluang ini untuk melangkah ke (peringkat) seterusnya, kita tak nak duduk setempat saja," katanya ketika ditemui media Malaysia di hotel penginapan pasukan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, penjaga gol utama Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berkata motivasi pasukan berada pada tahap terbaik menjelang pertembungan dengan Jordan, selepas berjaya mengikat Syria 2-2 pada aksi pemanas badan di sini, Selasa lepas.
Beliau berkata sewaktu bertemu Syria, kesemua pemain yang diberikan peluang beraksi telah menunjukkan komitmen tinggi, dalam menjayakan segala perancangan jurulatih Kim Pan Gon.
"Semua pemain bagi yang terbaik dan set mental serta diri untuk perlawanan pertama nanti," kata pemain berusia 28 tahun itu.
Malaysia dijangka tidak mendapat laluan mudah dalam misi memburu kemenangan, apabila rekod pertemuan lima aksi terakhir sejak 1988 berpihak Jordan, dengan kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu menyaksikan Jordan menang 4-0 dalam aksi persahabatan antarabangsa pada 2021.
Bagaimanapun, berdasarkan prestasi semasa, anak buah Pan Gon berpeluang mencipta kejutan selepas tidak tewas dalam tiga perlawanan terakhir, sementara Jordan merakam satu kemenangan dan dua tewas termasuk dibelasah Jepun 6-1 pada aksi pemanas badan di sini, Selasa lalu.
Sebagai rekod, Jordan yang dibimbing pengendali dari Morocco Hussein Ammouta pasukan di ranking dunia ke-87, sementara Malaysia di kedudukan ke-130.
Dalam pada itu, Ahmad Syihan terharu selepas menerima banyak sokongan dan kata-kata semangat daripada bekas penjaga gol skuad kebangsaan, antaranya rakan sepasukan di JDT Mohd Farizal Marlias dan penjaga gol Selangor FC Muhammad Khairulazhan Mohd Khalid.
"Ramai penjaga gol di Malaysia beri semangat kepada kami (tiga penjaga gol) di sini, mereka bagi sokongan dan kongsi pengalaman beraksi di pentas antarabangsa. Sebagai penjaga gol, kita perlu ambil pengalaman orang lain, kerana daripadanya kita boleh lebih maju," katanya.
Selain Ahmad Syihan, Pan Gon turut menyenaraikan dua lagi penjaga gol iaitu Muhammad Azri Ghani dari Kuala Lumpur (KL) City FC dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, yang merupakan penjaga gol Selangor FC yang dipinjamkan ke Negeri Sembilan FC musim lalu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 11 2024
Ahmad Syihan berkata, tiga mata bertemu skuad yang diberi julukan The Chivalrous Ones itu mustahak, serta mampu mengurangkan tahap tekanan. - Gambar fail
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kelayakan Piala Dunia: Indonesia sah ke pusingan ketiga, layak ke Piala Asia
Indonesia layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan akan beraksi dalam Piala Asia 2027 selepas menewaskan Filipina 2-0 malam tadi.
Pan Gon kekal optimis Malaysia mampu cipta keajaiban
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 55 tahun itu yakin dengan keupayaan pasukannya untuk memberikan impak ketika bertemu Taiwan.
Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027
Malaysia seri 1-1 dengan Kyrgyzstan pada aksi Kumpulan D pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Bishkek.
Harimau Malaya tewaskan Perak FC 1-0 dalam aksi pemanas badan
Ia sebagai persediaan menjelang dua perlawanan penting Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027, bulan depan.
FAM puas hati keadaan padang SNBJ menjelang aksi Harimau Malaya, Taiwan
Permukaan padang SNBJ berada pada tahap terbaik menjelang perlawanan terakhir Kumpulan D pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Taiwan.
Piala Asia: Malaysia tempah slot separuh akhir
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan mara ke separuh akhir Piala Asia 2024 selepas menundukkan Iran 4-2 pada saingan terakhir Kumpulan A di Chonburi, Thailand malam ini.
Piala Asia: Skuad hoki dalam dewan buru final untuk layak Piala Dunia
Subahan Kamal berkata skuad negara dilihat semakin mantap dengan gabungan pemain berpengalaman dan baharu untuk kejohanan berkenaan.
Harimau Malaya jumpa Oman pagi Jumaat
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon telah menjalani Sesi Latihan Rasmi di stadium berkenaan pada Rabu.
Arif Aiman tiada dalam skuad B-23 ke Piala Asia
TEKA-teki sama ada pemain sayap lincah, Arif Aiman Hanapi akan disenaraikan dalam skuad Harimau Muda ke Piala Asia bawah 23 tahun (B-23) Qatar pada April akhirnya terjawab.
'Saya kecewa, terluka' - Pan-gon
Kim Pan-gon mengharapkan penyokong tidak meletakkan harapan terlalu tinggi menjelang dua perlawanan Kumpulan D saingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.