KUALA LUMPUR: Hasrat Malaysia untuk merangkul piala Pestabola Merdeka buat kali ke-13 tidak kesampaian apabila pasukan kebangsaan tumpas di tangan Tajikistan dengan keputusan dua jaringan tanpa balas.
Kemenangan itu menyaksikan pasukan di ranking ke-110 itu berjaya merangkul piala tersebut dalam penyertaan mereka buat pertama kali dalam kejohanan tersebut.
Keputusan itu nyata mengecewakan lebih 36,000 penyokong Malaysia yang membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Selasa.
Perlawanan di separuh masa pertama dilihat agak perlahan dengan kedua-dua pasukan mempamerkan permainan berhati-hati dan agak fizikal.
Pada minit ke-27, tendangan luar kotak daripada pemain tengah, Brendan Gan tepat ke dakapan penjaga gol Tajikistan, Barotov Daler.
Minit ke-32, Malaysia datang lagi dan kali ini percubaan dari Arif Aiman Hanapi juga tepat ke arah penjaga gol.
Pemain pertahanan kanan kebangsaan, Matt Davies turut mengintai gawang Tajikistan dengan sepakan leretnya pada minit ke-37 hanya sedikit tersasar.
Dalam kerancakan Malaysia menyerang, menerusi satu serangan balas pada minit ke-44, Tajikistan berada di depan.
Pemain penyerang, Soirov Rustam yang menerima hantaran lolos melakukan sepakan leret yang menewaskan Ahmad Syihan Hazmi.
Tersentak dengan itu, anak buah Kim Pan Gon terus mengasak kubu lawan.
Pada penghujung masa tambahan, Matt Davies berjaya membuat tandukan cantik hasil hantaran Safawi Rasid namun sekali lagi diselamatkan penjaga gol pasukan lawan.
Masuk separuh masa kedua, Malaysia terus mengatur serangan dan tandukan Brendan pada minit ke-49 sedikit tersasar melewati palang gol.
Tajikistan pula pada minit ke-51 hampir menambah jaringan namun sepakan Rustam tinggi melewati gol yang sudah terbuka.
Muhammad Akhyar Rashid pula mencuba pada minit ke-54 namun Daler sekali lagi bertindak cemerlang dengan menafikan gol penyamaan buat Harimau Malaya.
Percubaan Darren Lok pada minit ke-69 pula lemah dan terus, sekali lagi ke dakapan penjaga gol lawan.
Tendangan dari luar kotak Stuart Wilkin pada minit ke-79 mencemaskan gawang Tajikistan namun percubaan beliau tersasar.
Malaysia sekali lagi hampir merobek gawang Tajikistan namun Daler sekali lagi cemerlang, kali ini menafikan percubaan Faisal Halim pada minit ke-87.
Begitupun, hanya seminit kemudian, Tajikistan menambah jaringan apabila penyerang, Samiev Shahrom memanfaatkan kesilapan benteng pertahanan negara.
Perlawanan tamat dengan keputusan 2-0 memihak kepada Tajikistan.
Ridauddin Daud
Tue Oct 17 2023
![Malaysia kempunan, Tajikistan rangkul piala Pestabola Merdeka Malaysia kempunan, Tajikistan rangkul piala Pestabola Merdeka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697555712_PestabolaMerdeka.jpg)
Pemain Malaysia Arif Aiman (tengah) diasak pemain Tajikistan Juraboev Amirbek (kiri) dan Shukurov Alisher (kanan) pada perlawanan Akhir Pestabola Merdeka 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini. - Foto BERNAMA
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
!['Siapa pun tak sangka kami menang' - Segrt 'Siapa pun tak sangka kami menang' - Segrt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697587874_PetarSegrt.jpg)
'Siapa pun tak sangka kami menang' - Segrt
Menurutnya, kemenangan itu adalah hasil kerja berpasukan dan mereka berhak menjuarai kejohanan tersebut.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61685187051_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Oktober 2023.
![Malaysia kempunan, Tajikistan rangkul piala Pestabola Merdeka Malaysia kempunan, Tajikistan rangkul piala Pestabola Merdeka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697555712_PestabolaMerdeka.jpg)
Malaysia kempunan, Tajikistan rangkul piala Pestabola Merdeka
Hasrat Malaysia untuk merangkul piala Pestabola Merdeka buat kali ke-13 tidak kesampaian apabila pasukan kebangsaan tumpas di tangan Tajikistan dengan keputusan dua jaringan tanpa balas.
![Pestabola Merdeka: 'Terbang dari Sarawak demi Harimau Malaya' Pestabola Merdeka: 'Terbang dari Sarawak demi Harimau Malaya'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41697541423_Pestabolamerdekap.jpg)
Pestabola Merdeka: 'Terbang dari Sarawak demi Harimau Malaya'
Penyokong sanggup hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023.
![Pestabola Merdeka: Segrt dedah Tajikistan hilang 15 pemain, harap pengadil buat keputusan tepat Pestabola Merdeka: Segrt dedah Tajikistan hilang 15 pemain, harap pengadil buat keputusan tepat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697437094_PestabolaMerdeka.jpg)
Pestabola Merdeka: Segrt dedah Tajikistan hilang 15 pemain, harap pengadil buat keputusan tepat
Jurulatih Tajikistan dedah pasukannya kehilangan 15 pemain menjelang aksi final Pestabola Merdeka malam esok.
![Pan-gon sudah jangka padang akan rosak Pan-gon sudah jangka padang akan rosak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697271660_TBpestabola.jpg)
Pan-gon sudah jangka padang akan rosak
Kim Pan-gon mengakui sudah menjangkakan keadaan padang baharu Stadium Nasional, Bukit Jalil akan rosak selepas pertama kali digunakan dalam aksi Pestabola Merdeka.
![Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ke final selepas baham India 4-2 Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ke final selepas baham India 4-2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71697213058_FootballAssociation.jpg)
Pestabola Merdeka: Harimau Malaya ke final selepas baham India 4-2
Harimau Malaya berjaya mempamerkan taring sebenar dan hanya selangkah daripada merangkul gelaran ke-13 Pestabola Merdeka dengan mengejutkan India, 4-2.
![FAM perlu ada pelan sokongan FAM perlu ada pelan sokongan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697067213_TBFAM.jpg)
FAM perlu ada pelan sokongan
Irfan Bakti berkata, perancangan akan memastikan penganjuran Pestabola Merdeka berjalan lancar dan tidak menjejaskan objektif pasukan negara.
![Pestabola Merdeka: Zainal Abidin bintang dalam pembikinan, Chin Aun sedia gadai nyawa Pestabola Merdeka: Zainal Abidin bintang dalam pembikinan, Chin Aun sedia gadai nyawa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/41696979369_TBPestabolaMerdeka.jpg)
Pestabola Merdeka: Zainal Abidin bintang dalam pembikinan, Chin Aun sedia gadai nyawa
Zainal Abidin, Chin Aun imbas kenangan sertai skuad kebangsaan pada 1980.
![Pestabola Merdeka: Junior tekad ulangi magis 10 tahun lepas Pestabola Merdeka: Junior tekad ulangi magis 10 tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696766965_JuniorEldstal.jpg)
Pestabola Merdeka: Junior tekad ulangi magis 10 tahun lepas
Tonggak pertahanan negara Junior Eldstal tekad mengulangi detik manis membantu Malaysia menjuarai Pestabola Merdeka pada edisi 2023 yang dijadual berlangsung Jumaat dan 17 Okt ini.