Skuad negara mampu menarik nafas lega selepas mendapat undian selesa dalam kejohanan badminton berpasukan campuran Piala Sudirman yang akan diadakan di Gold Coast, Australia pada 21-28 Mei depan.
Majlis undian yang berlangsung hari ini menyaksikan Malaysia diundi bersama juara Piala Thomas 2014, Jepun dan England dalam Kumpulan 1C.
Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen berkata, undian yang diterima Malaysia adalah sangat baik dan mempunyai peluang cerah untuk sekurang-kurangnya ke suku akhir.
"Kita berada dalam kumpulan yang baik dan mempunyai peluang untuk mara. Ia pasti lebih baik jika dapat menjadi juara kumpulan bagi mendapatkan undian yang lebih baik di suku akhir.
"Jepun pastinya pencabar utama untuk menjadi juara kumpulan kerana kekuatan pada perseorangan serta beregu wanita mereka," katanya.
Namun, menurut Frost, skuad negara juga mempunyai peluang dengan kekuatan di perseorangan dan beregu lelaki serta beregu campuran.
Mengenai pilihan pemain, Frost berkata senarai pemain masih belum ditentukan dan besar kemungkinan pemilihan akan dibuat selepas Terbuka Malaysia bulan depan.
Terdahulu, Pemangku Presiden BAM Tan Sri Mohamed Al-Amin Abdul Majid yang ditemui pemberita berkata beliau tidak mahu mengatakan laluan yang diperoleh Malaysia adalah mudah walaupun berpuas hati dengannya.
"Ini kerana Piala Sudirman bergantung kepada satu pasukan campuran. Dari segi ranking keseluruhan, Malaysia berada di kedudukan kelima.
"Saya harap pemain gunakan peluang untuk meletakkan Malaysia sebagai antara pasukan campuran terbaik dunia," katanya.
Undian hari ini juga menyaksikan juara 10 kali, China diundi dalam Kumpulan 1A bersama Thailand dan Hong Kong manakala Kumpulan 1B pula melibatkan Korea Selatan, Taiwan dan Rusia.
Juara Piala Thomas tahun lepas, Denmark pula diletakkan dalam Kumpulan 1D bersama Indonesia dan India.
Sebagai rekod, pencapaian terbaik skuad negara dalam kejohanan dwitahunan berpasukan campuran itu sejak ia diadakan pada 1989 ialah melangkah ke separuh akhir edisi 2009 di Guangzhou, China.
Pada edisi ke-14 di Dongguan, China pada 2015, Malaysia tewas kepada Korea Selatan di suku akhir. -- Bernama
Bernama
Fri Mar 17 2017
Morten Frost Hansen berkata undian yang diterima Malaysia adalah sangat baik dan mempunyai peluang cerah untuk sekurang-kurangnya ke suku akhir. - Gambar fail
Ibu bapa jadi sasaran along selepas anak meninggal dunia
Sepasang suami isteri warga emas menjadi mangsa buruan along yang dipercayai tidak berpuas hati dengan tunggakan hutang yang ditinggalkan mendiang anak mereka, yang meninggal dunia di Johor pada Disember lalu.
Ibu bapa Zayn Rayyan failkan notis usul batal pertuduhan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matin telah memfailkan permohonan bagi membatalkan pertuduhan mengabaikan kanak-kanak itu dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya.
Iswardy Morni didenda RM5,000 kerana kenyataan menghasut
Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Iswardy Morni didenda RM5,000 atas satu pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong, empat tahun lalu.
Kejadian pukul OKU bukan di pasar tani seliaan FAMA
FAMA Terengganu menjelaskan bahawa kejadian pukul seorang lelaki OKU yang tular baru-baru ini, tidak berlaku di pasar tani seliaan agensi itu.
Cadangan jadikan pembeli tunggal dibentangkan di kabinet
Cadangan untuk menjadikan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) sebagai pembeli tunggal hasil getah negara akan dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet untuk mendapat persetujuan.
WEF 2025: Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai
Israel bersedia membolehkan Emiriah, Saudi, dan pihak lain membina semula Gaza dengan syarat ia tidak mengancam Israel.
Tanah runtuh Jawa Tengah: Angka kematian meningkat kepada 21
Menurut agensi pencarian dan penyelamat, Basarnas, sekurang-kurangnya 13 individu turut cedera dalam kejadian tersebut.
Legenda rock Ireland 'The Script' kembali gegarkan KL
Peminat dapat menyaksikan persembahan mereka yang penuh tenaga pada Ahad, 9 Februari 2025, jam 8 malam di Mega Star Arena KL.
Pemindahan autonomi MA63 mudahkan Sarawak urus alam sekitar
Pemindahan autonomi MA63 telah mengukuhkan tadbir urus alam sekitar Sarawak, sekaligus meletakkan wilayah itu pada kedudukan yang baik untuk menerajui usaha memerangi perubahan iklim.
19 entiti perniagaan di Sarawak berdaftar dengan NREB
19 entiti perniagaan kini telah berdaftar dengan Lembaga Alam sekitar dan Sumber Asli Sarawak (NREB) sebagai mematuhi syarat ordinan alam sekitar (pengurangan kesan rumah hijau) yang mula berkuat kuasa pada Mac lalu.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Program RTG: Satu bonus buat Fei-Din
Razif mengingatkan juara Terbuka India Super 750 itu supaya bijak merangka perancangan jangka panjang bagi menghindari 'sindrom lesu awal'.
Turunkan barisan terbaik di BAMTC 2025 - Razif
Ia boleh digunakan untuk menilai tahap persediaan pemain sebelum mengharungi cabaran Piala Sudirman 2025 di Xiamen dari 27 Apr hingga 4 Mei.
Masters Indonesia: Aaron-Wooi Yik mara ke pusingan kedua
Pasangan yang berada di ranking kelima dunia itu tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan straight set 21-13, 23-21.
Kejayaan Sze Fei-Nur Izzuddin juarai Terbuka India 2025 bukti semangat juang atlet negara
Kejayaan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani rangkul gelaran juara Kejohanan Badminton Terbuka India membanggakan Malaysia, kata Timbalan Perdana Menteri.
Rashid Sidek buru bintang muda untuk teruskan legasinya
Rashid memburu empat bintang muda yang bakal menggantikan tempatnya dalam program 'Rashid Mencari Juara' (RMJ) yang akan ditayangkan di saluran 111 Sukan HD RTM.
Sze Fei-Nur Izzuddin wakil tunggal negara ke pentas akhir Terbuka India
Beregu lelaki nombor satu negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani menjadi satu-satunya wakil negara yang berjaya melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka India 2025, esok.
Terbuka India: Aaron-Wooi Yik mara ke suku akhir
Gandingan pilihan kelima itu hanya ambil masa 34 minit untuk singkirkan pasangan bukan pilihan dari China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han.
Terbuka India: Soon Huat-Shevon Lai mara, mudah tewaskan pasangan Indonesia
Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati dalam Badminton Terbuka India.
Dua beregu campuran negara pamer peningkatan ranking, Pearly Tan-M Thinaah turun satu tangga
Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memperbaharui ranking BWF mereka dengan menghuni tangga ketiga dan keempat dunia.