Cuaca panas mencecah suhu 34'c ternyata memberi kelebihan kepada Malaysia apabila menyingkirkan pasukan pilihan New Zealand 3-2 menerusi pukulan penalti pada aksi suku akhir Kejohanan Hoki Cabaran Juara-Juara 1 di sini Khamis.
Tiket ke separuh akhir itu terpaksa diputuskan menerusi penentuan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan itu terikat 4-4 selepas masa penuh perlawanan.
Malaysia akan menentang Kanada pada separuh akhir hari ini.
Kanada menempah slot separuh akhir selepas mengalahkan Poland 3-2 pada satu lagi perlawanan suku akhir.
Dalam pada itu, New Zealand, yang menduduki ranking keenam dunia, bermula garang apabila Steve Edwards dengan mudah merobek benteng pertahanan negara menerusi jaringan padang seawal minit keempat.
Namun kegembiraan pasukan 'The Black Sticks' itu tidak kekal lama apabila Malaysia berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang oleh kapten Azlan Misron pada minit ke-21.
Gol penyamaan itu ternyata meniup semangat barisan pemain negara apabila dua minit kemudian, Malaysia mendahului 2-1 menerusi jaringan Muhammad Shahril Saabah sebelum Mohd Fitri Saari terus menghukum New Zealand menerusi gol ketiga pada minit ke-24.
Muhammad Shahril kemudianya menjaringkan gol keempat negara menerusi gol padang pada minit ke-31 untuk mendahului 4-1 pada babak pertama perlawanan.
Bagaimanapun, New Zealand bangkit pada babak kedua dengan permainan yang lebih pantas untuk mengasak kubu lawan dan menggunakan sepenuhnya percubaan pukulan sudut penalti untuk menyamakan kedudukan.
Pakar pukulan sudut penalti Andy Hayward menyelamatkan maruah skuad New Zealand apabila melakukan jaringan hatrik pada ke-45, 60 dan minit ke-70 untuk mengheret perlawanan ke pusingan penentuan pukulan penalti.
Dalam lima percubaan pukulan penalti, Malaysia menyempurnakan tiga menerusi Muhammad Firhan Ashari, Muhammad Shahril Saabah dan Mohd Fitri Saari manakala New Zealand oleh Hugo Inglis dan Blair Hilton.
Jurulatih negara Muhammad Dharmaraj Abdullah menyifatkan kemenangan luar dugaan itu adalah hasil semangat juang yang tinggi oleh anak didiknya serta mengikut strategi yang dirancang.
"Kita semua tahu New Zealand mempunyai ketajaman dalam melakukan pukulan sudut penalti namun kita berjaya menyelamatkan beberapa cubaan yang telah dilakukan oleh pasukan tersebut," katanya.
"Selepas kedudukan selesa babak pertama, kita mahu mempertahankan jaringan dengan bermain secara defensif pada babak kedua kerana sudah pasti New Zealand akan bangkit untuk mencari kemenangan," tambahnya.
Bernama
Fri May 02 2014
Pemain-pemain hoki Malaysia menjerit kegembiraan sambil meraikan kemenangan setelah menewaskan New Zealand menerusi pukulan "Penalti Shoot Out". --fotoBERNAMA
Lebih 1,000 doktor, jururawat terbunuh dalam serangan Israel di Gaza
Tentera Israel didakwa menyasarkan hospital sebagai sebahagian rancangan terancang untuk meruntuhkan sistem penjagaan kesihatan di Gaza.
Penambahbaikan birokrasi kurangkan kos projek pembangunan
Penambahbaikan birokrasi melalui Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) mampu mengurangkan kos dalam pelaksanaan sesuatu projek pembangunan.
Tumpuan Isnin – 25 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alam sekitar: Kita ada wang yang banyak tapi dibazirkan untuk perang
Goodall berkata, beliau kecewa dan marah dengan situasi ketika ini, di mana wang dilaburkan dalam perang yang berleluasa, dan isu alam sekitar seolah-olah disisihkan.
“Ahmad Nawab mentor saya” - Datuk Ramli MS
Beliau menyifatkan Ahmad Nawab sebagai mentor beliau, banyak perkara dipelajari sejak mereka mula bekerja bersama kira-kira empat dekad lepas.
Ahmad Nawab legenda tiada galang ganti - PM Anwar
Pemergian Seniman Negara Tan Sri Ahmad Khan Nawab Khan atau Ahmad Nawab adalah satu kehilangan buat industri muzik negara dan Allahyarham akan dikenang sebagai legenda yang tiada galang ganti.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Pasangan kekasih ditahan cuba seludup lapan warga Myanmar
Sepasang kekasih ditahan ketika dipercayai cuba menyeludup lapan warga Myanmar dengan menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM 5.2 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Bukit Kayu Hitam pada Ahad
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 24 November 2024.
Hoki: Harapan Malaysia ke akhir punah
Malaysia gagal menepati sasaran ke final buat julung kali setelah kalah 5-4 kepada Kanada menerusi penentuan penalti.
Malaysia calar imej New Zealand untuk layak ke separuh akhir
Cuaca panas mencecah suhu 34'c ternyata memberi kelebihan kepada Malaysia apabila menyingkirkan pasukan pilihan New Zealand 3-2 menerusi pukulan penalti.