Kejayaan menumpaskan wakil Korea, Pilihan Incheon membolehkan pasukan Malaysia bawah 15 tahun layak ke perlawanan separuh akhir secara automatik .

Bagi Ketua Jurulatih, S. Balachandran, dia berpuas hati dengan pencapaian anak buahnya itu kini meskipun pasukan baru sahaja dibentuk.

Tidak menyandarkan harapan kepada mana-mana pemain tertentu, Balachandran gembira kerana anak buahnya berupaya menggalas tugas dengan baik di atas padang.

Mengulas mengenai perlawanan berikutnya berdepan Frenz United Malaysia, bekas pemain kebangsaan itu memberitahu beberapa pemain akan direhatkan ekoran masalah kecederaan.

Pasukan malaysia kini mendahului saingan Kumpulan A dengan enam mata selepas dua perlawanan.

Perlawanan pertama, mereka menang besar lima gol tanpa balas ke atas Slavia Prague dari Republik Czech.