IKON bola sepak Jepun, Hidetoshi Nakata, tampak bergaya ketika mengenakan koleksi musim panas satu jenama pakaian antarabangsa.

Kini berusia 48 tahun, Nakata kelihatan tetap segak tetapi dengan gaya rambut berbeza.

Sejak bersara usai Piala Dunia 2006, pemain yang diberi jolokan Beckham Asia itu sering menjadi pilihan untuk mempromosikan pelbagai jenama selain merupakan seorang usahawan.



Dan minggu lalu Nakata bertindak sebagai model kepada sebuah koleksi fesyen terkini dari jenama terkenal antarabangsa. -- Stadium Astro