KUALA LUMPUR: Tokoh seni bela diri Taekwondo dan Pengasas Global International Taekwondo Federation (GITF ) Prof Datuk Dr Md Saberi Md Salleh meninggal dunia pada usia 72 tahun pada pukul 7.33 pagi tadi.
Perkara tersebut telah disahkan oleh ahli anak Allahyarham, Shareen dan Suzlan.
Allahyarham Saberi, bekas dekan pertama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu dilaporkan berada dalam keadaan yang tenat dan telah dimasukkan ke Hospital Shah Alam akibat pelbagai komplikasi awal Mei lepas.
"Dengan rasa sedih dan penuh dukacitanya dimaklumkan bahawa ayahanda kami Md Saberi Md Salleh telah kembali menemui penciptanya pada pukul 7.33 pagi, Selasa 14, Jun 2022.
"Dengan rendah diri, saya ingin memohon jasa baik semua untuk mendoakan agar ayah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dikasihinya" menurut kenyataan ringkas daripada keluarganya.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Surau Al-Amin Kuarters Polis Seksyen 20 Shah Alam untuk urusan selanjutnya.
Pada 2006 Allahyarham mendapat sokongan 32 negara anggota gabungan untuk menubuhkan GITF sekali gus menjadi presiden.
Beliau seorang antara bukan warga Korea yang dilatih secara peribadi oleh mendiang Jeneral Choi Hong Hi iaitu pengasas taekwondo di negara Asia Timur dan mantan Presiden Persekutuan Taekwondo Antarabangsa (ITF).
Saberi juga terkenal sebagai Pengasas Persekutuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF), Pengasas Akademi Taekwondo Sabree dan penerima International Hall of Fame Award 2008 The World Head of Family Sokeship Council yang hanya dianggotai pakar seni bela diri seperti Jackie Chan dan Chuck Norris.
Pada Januari 2010, Saberi dianugerahkan Tali Pinggang Hitam Tahap Ke-10 dan gelaran Mahaguru Agung (Grandmaster Chong Kwan Jang Nim) daripada Persekutuan Song Do Kwan Kong Soo Doo.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 14 2022
Jenazah Allahyarham dibawa ke Surau Al-Amin Kuarters Polis Seksyen 20 Shah Alam untuk urusan selanjutnya. - Gambar/ Taekwondo ITF Selangor
Bunuh isteri gara-gara video TikTok
Suspek menampar pipi mangsa berkali-kali, selain memukulnya di bahagian kepala, badan dan paha selain menghentak kepala mangsa pada dinding.
Pakar bedah AS gesa amaran kanser untuk minuman alkohol
Minuman beralkohol disarankan untuk menyertakan amaran tentang risiko kanser pada labelnya.
70 rakyat Palestin syahid di Gaza dalam sehari
Serangan ini berlaku ketika usaha diplomasi sedang giat dilaksanakan untuk mencapai gencatan senjata.
Warga Myanmar hilang dibawa arus deras di Kelantan
Seorang lelaki warga Myanmar berusia 50 tahun dipercayai hilang selepas dibawa arus deras ketika mandi di Sungai Kuala Nal, Batu Jong, Kuala Krai, Kelantan pada Jumaat.
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika memancing selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang di rumah rakit, Jalan Kampung Pedah, Kampung Jerantut Feri, Jerantut, pada Sabtu petang.
Pemimpin Israel diekori, didesak bebaskan tebusan
Kejadian itu berlaku ketika beliau dalam perjalanan dari rumahnya ke sebuah rumah ibadat.
Gaji progresif: Berjaya tingkatkan pendapatan pekerja swasta - Rafizi
Gaji progresif dijalankan secara rintis bermula Jun hingga Disember lalu berjaya meningkatkan gaji pekerja swasta, di negara ini.
Ringgit dijangka rendah, dolar Amerika kekal kukuh
Ringgit diramal lemah minggu depan akibat pengukuhan dolar AS, dipengaruhi data ekonomi Amerika dan faktor geopolitik. Namun, aliran dana asing mungkin membantu.
Bursa Malaysia dijangka berhati-hati, fokus ketegangan global
Pelabur Bursa Malaysia bersiap siaga menghadapi 2025, dipengaruhi ketegangan geopolitik, data ekonomi penting, dan impak dasar perdagangan global.
Fred Kerley ditahan, direnjat taser oleh polis AS
Juara dunia tiga kali acara pecut, Fred Kerley, direnjat dengan senjata taser dan ditahan selepas terlibat dalam konfrontasi dengan pihak polis di Miami Beach.
Mahaguru taekwondo Saberi Salleh meninggal dunia
Tokoh seni bela diri Taekwondo dan Pengasas Global International Taekwondo Federation (GITF ) Prof Datuk Md Saberi Md Salleh meninggal dunia pada usia 72 tahun pada pukul 7.33 pagi tadi.