PEMAIN muda yang berpengkalan di Belgium, Luqman Hakim Shamsuddin, tiada dalam perancangan jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, menjelang kem latihan kebangsaan fasa pertama bulan depan.
Cheng Hoe masih memberi ruang kepada Luqman menyerap kelebihannya bersama KV Kotrijk sebelum menggunakan khidmat pemain itu dalam skuad kebangsaan.
Difahamkan, Luqman akan diberi peluang beraksi bersama pasukannya selepas pulih daripada kecederaan sebelum ini.
"Mereka telah beraksi dalam saingan kompetitif, secara fizikal dan intensiti dalam latihan sudah pasti akan menghadirkan impak ke dalam pasukan. Kami berharap pemain-pemain akan memiliki momentum yang terbaik untuk menghadapi perlawanan penting Mac ini," kata Cheng Hoe.
Tanpa Luqman, Cheng Hoe bagaimanapun membuka ruang kepada beberapa pemain muda dari skuad B-19 negara selain beberapa nama daripada skuad Sukan SEA 2019.
Dalam masa sama, Cheng Hoe bertegas dengan kelebihan yang bakal ditagih daripada lima pemain negara yang beraksi dalam saingan liga luar walaupun, kecemerlangan mereka masih belum terbukti.
"Semestinya Luqman tidak akan bersama pasukan dan akan berbincang dengan Brad Maloney untuk mendapatkan pemain-pemain muda untuk diserap ke dalam skuad kebangsaan."
BACA: Luqman Hakim cetak gol 'rasmi' pertama, julang KV Kortrijk
BACA: Peluang lahirkan lebih ramai 'Luqman Hakim' - Syed Saddiq
Cheng Hoe menganggap aksi kelayakan Piala Asia 2023-Piala Dunia 2022 secara berpusat akan memberi kelebihan buat pasukan yang menjadi tuan rumah namun situasi itu tidak dapat dielak.
Bagaimanapun keputusan untuk saingan secara berpusat hanya akan diputuskan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Mac ini bergantung kepada situasi semasa pandemik COVID-19.
Astro Arena
Thu Jan 07 2021
Difahamkan, Luqman akan diberi peluang beraksi bersama pasukannya selepas pulih daripada kecederaan sebelum ini. - Gambar fail/Astro ARENA
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Menjelang setahun serangan Israel, Rosco anjur konvoi solidariti untuk Gaza
Rosco menganjurkan konvoi motorsikal jenis Cafe Racer di sekitar Lembah Klang sebagai tanda solidariti perjuangan rakyat Palestin.
Ibu mentua Menteri Kerja Raya, Puan Sri Elizabeth Pawa meninggal dunia
Sepanjang hayatnya, mendiang telah menyentuh kehidupan ramai pihak yang mengenalinya.
'Masa untuk hentikan penderitaan' - Ketua PBB rayu keamanan
Antonio Guterres membuat rayuan untuk keamanan menjelang ulang tahun pertama konflik di Gaza minggu depan.
Larian berpakaian tidak senonoh: Tiga lelaki ditahan bantu siasatan
Dua lelaki warga asing dan seorang warga tempatan berusia antara 39 hingga 70 tahun ditahan di sebuah hotel di Kota Tinggi.
Wanita Palestin mengamuk di WTKL mohon maaf, tertekan fikir anak di Gaza
Aminah berkata, perbuatan di luar kawalan itu berlaku disebabkan rasa tertekan memikirkan keadaaan anaknya yang masih berada di Gaza.
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Luqman dalam kesebelasan utama Yokohama SCC
Luqman Hakim Shamsuddin disenaraikan dalam kesebelasan utama Yokohama SCC yang akan berdepan Matsumoto Yamaga FC dalam aksi Liga Jepun Tiga.
Luqman tiada dalam perancangan Cheng Hoe
Tanpa Luqman, Cheng Hoe membuka ruang kepada beberapa pemain muda dari skuad B-19 negara selain beberapa nama daripada skuad Sukan SEA 2019.
Luqman Hakim lantik ejen berpangkalan di Eropah
Luqman sah dipanggil menyertai kelab divisyen satu Belgium, KV Kortrijk, malah dia juga turut diintai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).
Penyerang muda sensasi Lukman Hakim bakal beraksi di Eropah
Anak muda itu akan berlatih di Cardiff City sehingga berumur 17 tahun, sebelum berhijrah ke K.V. Kortrijk di Belgium
AFF B-18: Malaysia kejutkan Socceroos di Ho Chi Minh
Luqman Hakim jaring dua gol untuk membantu Malaysia kejutkan Australia 3-0.