Beberapa jalan utama di ibu negara akan ditutup Ahad ini bersempena perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018 bermula 1.30 tengah hari sebelum dibuka semula secara berperingkat pada 4 petang hari yang sama.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata jalan yang terlibat ialah Kampung Cheras Baru, Jalan Kuari, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Cheras, Jalan Tun HS Lee, Jalan Kinabalu, Masjid Negara dan Jalan Sultan Ismail.
Turut terlibat ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Raja, Dataran Merdeka, Leboh Pasar Besar, Jalan Hang Lekiu, Jalan Tun Perak, Jalan Raja Chulan, Jalan P. Ramlee dan Jalan Ampang, katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Sehubungan itu, Zulkefly menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan dan menggunakan jalan alternatif, menggunakan pengangkutan awam serta sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta arahan anggota polis yang bertugas.
LTdL 2018 mempunyai lapan peringkat merentasi lapan negeri dengan jarak keseluruhan sejauh 1,341 km, bermula di Kangar pada 18 Mac dan tamat di Kuala Lumpur Ahad ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 22 2018
Zulkefly menasihatkan pengguna jalan raya supaya merancang perjalanan dan menggunakan jalan alternatif dan menggunakan pengangkutan awam. - Foto Bernama
Kuasa belia dilihat sebagai kunci masa depan ASEAN-China
Golongan muda berfungsi sebagai penghubung penting dalam memupuk hubungan ASEAN-China yang lebih erat.
170,000 Rumah Mampu Milik dibina di Pulau Pinang setakat ini - Sudarajoo
Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah menyediakan 170,000 Rumah Mampu Milik (RMM) bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di negeri itu memiliki rumah.
10 Berita Pilihan - (8 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jerman raikan ulang tahun peringatan ke-35 Tembok Berlin
Gambar dan lukisan hasil ciptaan penduduk tempatan dipamerkan sepanjang empat kilometer di kawasan yang dahulunya menjadi lokasi tembok tersebut.
Amaran ribut salji November dikeluarkan di New Mexico
Ribut salji ini dijangka akan menjejaskan bahagian utara New Mexico serta selatan Colorado.
Lapangan terbang antara yang musnah akibat Taufan Yinxing
Menurut pegawai wilayah,lebih 40,000 penduduk di Wilayah Cagayan terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara dan tiada kematian dilaporkan.
Israel tangguh bawa pulang rakyat diserang perusuh antisemitik
Pada mulanya, Israel telah mengarahkan dua pesawat dihantar ke Amsterdam untuk membawa rakyatnya pulang.
Filipina tandatangani undang-undang baharu berkaitan Laut China Selatan
Akta Zon Maritim Filipina dan Akta Laluan Laut Kepulauan Filipina itu menekankan kepentingan identiti maritim dan kepulauan.
12 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sumber perubatan di Hospital Baptist melaporkan, serangan mengorbankan sembilan rakyat Palestin, termasuk tiga kanak-kanak dan beberapa wanita.
Beli barang bukan keperluan satu trend tidak sihat
Buy Now Pay Later (BNPL) boleh dikatakan istilah moden untuk berhutang menggantikan tradisi lama yang menggunakan buku tiga lima.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA), Datuk Dr Madeline Berma berkata, ia kini menjadi satu trend pengguna membeli barang kehendak yang bukan keperluan untuk menunjuk di media sosial sehingga berlaku pembaziran kewangan.
Insiden kren SUKE: Mangsa cedera parah masih di ICU
Bagaimanapun, Zulkefly tidak dapat memperincikan keadaan sebenar mangsa sama ada dalam keadaan stabil atau sebaliknya.
Polis tahan penjawat awam pandu Myvi langgar empat kenderaan
Suspek lelaki berusia 25 tahun yang bertugas di JPJ itu telah menolak keluar mangsa, seorang OKU, daripada kereta melalui pintu depan kiri.
Perhimpunan Solidariti Kedamaian: Tujuh jalan ditutup
Tujuh jalan di ibu negara akan ditutup pagi ini sempena Perhimpunan Solidariti Kedamaian untuk rakyat Malaysia di Dataran Merdeka.
LTdL18: Beberapa jalan di ibu negara ditutup Ahad ini
Beberapa jalan utama di ibu negara akan ditutup Ahad ini bersempena perlumbaan berbasikal LTdL 2018 bermula 1.30 tengah hari sebelum dibuka semula secara berperingkat pada 4 petang hari yang sama.