Penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2018, Ciclista Sports Sdn Bhd menghormati keputusan panel Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang mengambil tindakan menggugurkan pelumba China, Chen Zi Wen daripada perlumbaan berbasikal terulung Asia itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Ciclista Sports, M Kumaresan menjelaskan tindakan yang diambil komisar perlumbaan terhadap pelumba pasukan Giant Cycling Team itu adalah tepat kerana telah melanggar peraturan UCI.
“Ketua Komisar nampak insiden yang mana pelumba China itu telah membaling botol minuman ke arah Mohd Harrif Saleh dan ia jelas satu kesalahan yang serius.
“Jadi, hasil perbincangan lima panel komisar perlumbaan berhubung insiden tersebut, mereka memutuskan untuk menyingkirkan pelumba China itu,” kata Kumaresan ketika ditemui pemberita sebelum bermulanya peringkat keempat LTdL di sini, hari ini.
Chen disingkirkan daripada LTdL 2018 apabila didapati bersalah menyerang pelumba negara, Mohd Harrif daripada Pasukan Lumba Basikal Profesional Terengganu (TSG) selepas berakhirnya peringkat ketiga dari Kota Bharu ke Kuala Terengganu, semalam.
Insiden berkenaan dilaporkan tular di laman sosial dan mendapat kecaman daripada segelintir netizen.
Chen didenda sebanyak 300 Swiss franc (RM1,231) selepas didapati bersalah melanggar dua peraturan UCI iaitu di bawah Artikel 30.1 Akta Keganasan selain Artikel 37 iaitu kelakuan yang merosakkan imej berbasikal.
Mohd Harrif pula didenda sebanyak 50 Swiss franc (RM205) kerana melanggar Artikel 30.1, namun masih dibenarkan meneruskan saingan dalam LTdL 2018.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 21 2018

Walaupun kedua-dua pelumba ini terlibat dalam pergaduhan pada peringkat ketiga LTdL 2018, mereka kini telah pun berbaik semula. Foto - Twitter @ltdlofficial
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

LTdL 2018: Akibat bergaduh, pelumba China disingkirkan daripada temasya
Pelumba China, Chen Zi Wen, disingkirkan daripada LTdL 2018 akibat terlibat dalam pergaduhan.