Kementerian Belia dan Sukan, menyerahkan seluruh keputusan kepada Kementerian Luar Negeri berhubung isu penempatan lokasi neutral bagi pusingan akhir kelayakan Piala Asia 2019 di Pyongyang, Korea Utara, 8 Jun ini.
Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, isu terbabit berada di bawah kuasa Kementerian Luar Negeri yang mana dilihat lebih layak dan bertanggungjawab untuk menguruskan sekatan lawatan rakyat negara ini ke mana-mana negara luar.
“Saya telah minta supaya Kementerian Luar Negeri yang sebenarnya menentukan dasar kita berkenaan dengan sekatan lawatan ini untuk memaklumkan kepada FAM pendirian kerajaan.
“Dari segi sekatan kita ke negeri lain, kenyataan tersebut perlu di buat oleh Kementerian Luar Negeri, perkara ini saya sudah maklumkan kepada Kementerian Luar Negeri dan telah pun kita bincang dan Kementerian Luar Negeri akan maklum kepada FAM,” kata Khairy selepas menyempurnakan Majlis Pelepasan Larian Obor Kuala Lumpur 2017 sempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (KL2017) di perkarangan Muzium Tokoh Johor Bahru, di sini hari ini.
Jelas beliau lagi, pihaknya telah membuat perbincangan bersama Kementerian Luar Negeri sebelum sebarang kenyataan berhubung isu itu dikeluarkan dalam masa terdekat.
Terdahulu, Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyatakan rasa tidak setuju beliau berhubung pasukan bola sepak kebangsaan ke Pyongyang bagi menghadapi perlawanan pusingan akhir kelayakan berkenaan.
Perkara itu adalah berikutan, FAM memandang serius isu keselamatan selain sukar untuk melepaskan pemain negara kerana situasi kurang meyakinkan di Korea Utara.
Ia susulan ketegangan hubungan antara kedua-dua negara akibat pembunuhan Kim Jong Nam yang juga abang kepada pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 13 Februari lepas.
Tunku Ismail juga memohon agar perlawanan tersebut dapat diadakan di lokasi neutral sekali gus memastikan pasukan negara tidak terlepas sebarang aksi selain tidak perlu menanggung akibat seperti denda atau disingkirkan dari Konfiderasi Bola Sepak Asia (AFC).
Shahrul Hassan
Sat May 13 2017

KHAIRY: -Saya telah minta supaya Kementerian Luar Negeri yang sebenarnya menentukan dasar kita berkenaan dengan sekatan lawatan ini untuk memaklumkan kepada FAM pendirian kerajaan." - Gambar fail

Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews

Malaysia terus ambil langkah proaktif pastikan kepentingan ekonomi, perdagangan kekal kukuh
Malaysia akan terus mengambil langkah proaktif bagi memastikan kepentingan ekonomi dan perdagangan negara kekal kukuh di persada antarabangsa, menurut Kementerian Luar.

Sindiket penipuan kerja Myanmar: Kementerian Luar bantu 15 rakyat Malaysia di Thailand
Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok kini berhubung rapat dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesahkan identiti rakyat Malaysia yang terlibat.

Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden tembakan di Brussels - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan bahawa tiada rakyat Malaysia terlibat dalam siri insiden tembakan di beberapa lokasi di Brussels, Belgium.

Pasukan pengaman Malaysia di DRC selamat - Wisma Putra
Kementerian Luar Negeri pada Rabu memaklumkan bahawa pihaknya sedang memantau rapi situasi keselamatan di negara itu.

7,964 pekerja Bangladesh, kumpulan pertama ke Malaysia selepas migrasi tertangguh
Seramai 7,964 pekerja Bangladesh, daripada kira-kira 18,000 yang proses migrasi mereka ke Malaysia tertangguh menjadi kumpulan pertama bakal memasuki negara Asia Tenggara itu.

Tiada rakyat Malaysia terjejas gempa bumi di Nepal - Wisma Putra
Kementerian Luar mengesahkan, setakat ini tiada laporan tentang rakyat Malaysia terjejas akibat gempa bumi berukuran 6.5 magnitud yang melanda kawasan kira-kira 84km dari Lobuche, Nepal.

Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan
Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.

Malaysia ucap takziah kepada keluarga mendiang Presiden Jimmy Carter
Kerajaan dan rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati atas pemergian bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), James E. Carter Jr. pada 29 Dis 2024.

Nahas Jeju Air: Kedutaan Thailand sahkan dua rakyatnya terlibat
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra melalui akaun rasmi X miliknya, menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga penumpang yang terkorban dan cedera dalam insiden berkenaan.

Malaysia kutuk keras peluasan penempatan haram Israel, serangan udara di Syria
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya keputusan rejim Zionis Israel untuk memperluas penempatan haram di Bukit Golan yang diduduki.