TRENDING di media sosial, pemain tengah Paris St-Germain (PSG), Adrien Rabiot berada di Anfield semasa Liverpool menentang Tottenham Hotspur pada Ahad.

Gambar seorang lelaki mirip Rabiot di tempat duduk penonton di Anfield trending sehingga tuan punya badan terpaksa memberi penjelasan.

Menerusi akaun Twitter miliknya, Connor Deane menjelaskan dia merupakan lelaki yang memakai topi PSG dalam gambar yang tular di media sosial tersebut.

Connor Deane sahkan gambar itu bukan Adrien Rabiot di akaun Twitternya.


Di akaun Instagramnya, Deane turut dilihat kerap memakai topi PSG itu.

Fulham (A) #lfc

A post shared by C O N N O R D E A N E (@connordeane97) on


Tindakan Deane itu turut mencuri perhatian Rabiot sendiri, yang turut memberi respon terhadap gambar yang dikongsinya di Instagram.

Perkongsian gambar di Instagram Connor Deane turut mencuri perhatian Adrien Rabiot.

Lawak jenaka yang dibuat Deane sudah pasti kerana Rabiot dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool dan juga Spurs.

Penyokong Liverpool dan Spurs yang menjangkakan Rabiot bakal berhijrah ke pasukan masing-masing sudah pasti kecewa dengan perkembangan ini.