Seperti yang dijangka, bintang sensasi Barcelona, Lionel Messi diumumkan sebagai pemenang anugerah Ballon d'Or 2012.

Ini merupakan tahun keempat berturut-turut Messi memenangi anugerah berprestij itu.

Majlis penyampaian anugerah Ballon d'Or kepada Messi itu disampaikan oleh bekas kapten pasukan Itali, Fabio Cannavaro di Kongresshaus di Zurich pada petang Isnin.

Kemenangan keempat anugerah Ballon d'Or membolehkan Messi mengatasi pencapaian pemain-pemain ternama lain, Zinedine Zidane dan Ronaldo.

Kemenangan itu juga bermakna, bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo sekali lagi kempunan dan terpaksa akur dengan kehebatan Messi.

Selain itu, Vicente de Bosque meraih anugerah jurulatih terbaik 2012 mengatasi dua pencabarnya, Jose Mourinho dan Pep Guardiola.

Anugerah puskas untuk gol terbaik sepanjang 2012 pula diraih oleh pemain Slovakia, Miroslav Stoch untuk gol jarak jauhnya ketika beraksi untuk Fenerbahce menentang pasukan Genclerbirligi pada Mac lalu.