ANGERS 1 PSG 2

Kylian Mbappe menjaringkan dua gol untuk Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Angers 2-1 dalam perlawanan Ligue 1 di Stade Raymond-Kopa awal pagi tadi.

Kemenangan itu menyaksikan PSG kini berkelebihan 11 mata di puncak Ligue 1 biarpun beraksi di bawah tahap sebenar menentang pasukan kelompok bawahan, Angers, yang mungkin akan sah tersingkir daripada liga divisyen utama itu selepas hujung minggu ini.

Mbappe menjaringkan dua gol itu dalam tempoh 26 minit pertama untuk kini mendaftarkan 34 jaringan dalam kesemua kejohanan musim ini.

Pasukan pelawat itu, bagaimanapun, dibolosi oleh jaringan Sada Thioub pada minit ke-87.

Apapun, PSG mengekalkan keputusan itu untuk mencatatkan kemenangan ke-14 berturut-turut ke atas Angers dalam saingan liga, sekali gus menyamai pencapaian terbaik mereka mencatatkan kemenangan berturut-turut terpanjang menentang satu lawan sama dalam liga divisyen utama Perancis (menentang Nantes). - Stadium Astro