KUALA NERUS: Beberapa individu termasuk pegawai pasukan bola sepak cedera dalam pergaduhan yang berlaku ketika perlawanan Liga Bolasepak Terengganu (TFL) di padang sintetik Kompleks Sukan Negeri Terengganu (KSNT), Gong Badak dekat sini petang Jumaat.
Difahamkan, pergaduhan itu tercetus sebelum perlawanan antara kelab NAG FC dan KESA FC yang berkesudahan NAG FC mendahului 4-1 pada kejohanan edisi kedua tersebut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, pihaknya menerima laporan yang dibuat di Balai Polis Gong Badak dekat sini pada jam 10.30 malam pada Jumaat.
"Berdasarkan laporan diterima, pergaduhan itu dikatakan melibatkan dua pasukan iaitu NAG FC dan KESA FC.
"Ia dikatakan berlaku disebabkan perasaan tidak berpuas hati kerana terdapat pemain yang didakwa bermain kasar menyebabkan tercetusnya pergaduhan dan rusuhan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
Menurut Wan Mohd. Zaki, beliau difahamkan terdapat mangsa yang kini dirawat di hospital dan siasatan berhubung kes itu dijalankan bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
"Kita akan siasat, panggil mereka yang terlibat dan dikenal pasti untuk ambil keterangan, "katanya.
Malam Jumaat tular video berdurasi 42 saat memaparkan insiden memalukan itu yang dikatakan berlaku kira-kira 10 minit sebelum perlawanan antara dua pasukan itu tamat.
Berdasarkan video berkenaan, insiden itu dipercayai turut melibatkan pemain dan penyokong menyebabkan terdapat beberapa individu lari untuk menyelamatkan diri.
Sementara itu, adik mangsa, Roslaili Husni, 36, berkata, abangnya yang merupakan pegawai pasukan NAG FC, Ronny Irwan, 46, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Katanya, pada mulanya dia terkejut apabila mendapati individu yang teruk dipukul di dalam video tersebut adalah abangnya.
"Semalam abang saya dikejarkan ke jabatan kecemasan HSNZ kerana cedera pada bahagian kepala dan mata serta beberapa bahagian badan yang lain.
" Waktu tu terdapat juga beberapa pemain lain yang turut mengalami kecederaan seperti lebam dan bengkak pada bahagian mata.
"Sekarang keadaan abang stabil dan masih dirawat dan perlu berehat," katanya.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 13 2024

Tangkap layar video tular memaparkan insiden pergaduhan yang berlaku di padang sintetik Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak di Kuala Nerus pada petang Jumaat. - Sinar Harian
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Jawatankuasa Tatatertib TFL siasat insiden pergaduhan
Siasatan mendalam akan dijalankan termasuk meneliti semua laporan sebelum sebarang keputusan dibuat.

Liga TFL kecoh, pegawai pasukan dan pemain cedera dibelasah
Beberapa individu termasuk pegawai pasukan bola sepak cedera dalam pergaduhan yang berlaku ketika perlawanan Liga Bolasepak Terengganu (TFL) di Gong Badak.