KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) City FC gagal melunaskan dendam kekalahan 0-1 kepada jiran mereka, Selangor FC dalam Piala FA, awal bulan ini, selepas diikat 1-1 pada saingan Liga Super 2022 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.
Pasukan 'Gergasi Merah' yang jelas mendominasi babak pertama membuka tirai jaringan selepas sepakan voli ketua pasukan, Brendan Gan, terbias di kaki pemain pertahanan lawan, Muhammad Irfan Zakaria, sebelum bola menerjah jaring pelawat pada minit ke-36.
Aksi di separuh masa kedua pula menyaksikan Selangor FC 'tempang' dengan 10 pemain selepas pemain pertahanan kanan, Ahmad Zikri Mohd Khalili menerima layangan kad kuning kedua akibat tindakannya menarik Muhammad Fakrul pada minit ke-56.
KL City sepatutnya menyamakan kedudukan namun sepakan penalti pemain Colombia, Romel Morales ditepis keluar Samuel Jacob Somerville pada minit ke-65, selepas Sharul Nazeem menarik penyerang import lawan, Jordan Mintah.
Morales kemudian menebus kekecewaannya apabila menanduk masuk lambungan cantik Muhammad Irfan untuk menyamakan kedudukan buat juara bertahan Piala Malaysia pada minit ke-68.
Skuad kendalian Bojan Hodak yang terus menekan Selangor sebaliknya gagal menterjemahkan beberapa peluang terhidang ke dalam bentuk jaringan, dengan percubaan terbaik mereka hadir pada minit ke-85 oleh pemain gantian, Muhammad Haqimi Azim Rosli
Namun ledakan padunya diselamatkan Somerville dan kedudukan itu kekal sehingga tamat perlawanan.
Keputusan tersebut menyaksikan Selangor menghuni tangga kelima dengan mengumpul 16 mata manakala KL City di tangga ketujuh dengan 15 mata.
Sementara itu, penyerang import kelahiran Sepanyol, Fernando Rodriguez muncul wira Johor Darul Ta'zim (JDT) apabila jaringan tunggalnya pada minit ke-69 untuk mengukuhkan cengkaman di puncak liga selepas menewaskan Penang FC 1-0 di Stadium Bandaraya, Georgetown.
Dalam pada itu, Melaka United FC gagal menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri selepas terikat 2-2 dengan Petaling Jaya (PJ) City FC di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka.
Melaka berada di depan menerusi jaringan Emmanuel Oti pada minit ke-36 namun kedudukan itu tidak kekal lama apabila penyerang kebangsaan Daren Lok menyamakan kedudukan, dua minit sebelum separuh masa pertama tamat.
Bersambung babak kedua, K Gurusamy meletakkan pelawat di depan pada minit ke-64 sebelum ketua pasukan, Sony Norde menyelamatkan Melaka menerusi gol kedua pasukannya pada minit ke-76, sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
Melaka United kini menduduki tangga kelapan dengan 13 mata manakala PJ City di tempat kesembilan dengan 11 mata.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 20 2022
Pemain KL City FC Muhammad Akram Mahinan (kanan) diasak pemain Selangor FC Muhammad Fazly Mazlan ketika perlawanan Liga Super 2022 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi. --fotoBERNAMA
Ukraine - Rusia: Zelenskiy yakin AS akan terus beri sokongan kuat
Zelenskiy, dalam video ucapan sempena Tahun Baru menegaskan Ukraine akan terus kuat untuk mendapatkan kembali keamanan dan mendapat penghormatan dari seluruh dunia.
Perakam data penerbangan dihantar ke AS untuk analisis
Kementerian Pengangkutan Korea Selatam pada Rabu berkata, ini kerana perakam penerbangan tersebut mengalami kerosakan luaran yang teruk sehinggakan pihaknya tidak dapat mengekstrak data.
Pemandu sengaja rempuh orang ramai, tembak dua pegawai polis
Menurutnya, insiden tersebut tiada kena mengena dengan pemanduan di bawah pengaruh alkohol (DUI)..sebaliknya, pihaknya berpendapat ia lebih kompleks dan serius daripada itu..
10 terbunuh, 30 tercedera dirempuh trak semasa sambutan tahun baharu
Menurut agensi kerajaan bandar itu, kejadian tersebut berlaku semasa sambutan malam tahun baru
Mesyuarat ASEAN platform promosi langkawi sebagai destinasi pelancongan
Pemilihan Langkawi sebagai satu daripada lokasi Mesyuarat ASEAN pada tahun ini dilihat dapat menjadi platform terbaik untuk mempromosi pulau peranginan itu.
Kerajaan laksana tempoh percubaan kod QR di KLIA
Kerajaan akan melaksanakan tempoh percubaan penggunaan Kod Respons Pantas (QR) khusus untuk rakyat Malaysia bermula bulan ini bagi melancarkan sistem pelepasan imigresen khusus di 40 lorong khas di Terminal 1 dan Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
2025 buka tirai, rai kelahiran Generasi Beta
Tahun 2025 yang membuka tirai tepat pada 12 tengah malam tadi menandakan kelahiran generasi baharu dikenali sebagai Generasi Beta (Gen Beta). Gen Beta akan bermula dengan bayi yang lahir dari tahun ini hingga 2039, iaitu selepas generasi terdahulu Gen Alpha (lahir pada 2010 hingga 2024) dan Gen Z (generasi yang dilahirkan selepas 1996).
Tahun Baharu 2025: Penduduk Gaza harap keamanan, dapat pulang ke rumah
Ketika Gaza terus dilanda peperangan, penduduk berkata harapan terbesar mereka adalah untuk melihat berakhirnya konflik dan pulang ke rumah masing-masing.
Titah Sultan Selangor 'jentik' rakyat meraikan perbezaan
Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena perutusan tahun baharu semalam menggambarkan penggunaan media sosial tanpa kawalan mampu menggugat keamanan negara.
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Profesor Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, rakyat perlu faham makna tersirat daripada titah itu adalah masyarakat harus menjauhi sikap taksub
Tujuh lelaki, seorang wanita ditahan disyaki pecah masuk pejabat
Kumpulan tersebut dipercayai terlibat dengan sekurang-kurangnya empat kes pecah pejabat dan curi termasuk curi kereta di kawasan Lembah Klang.
Liga Super: Hatrik Arif Aiman bantu JDT tewaskan KL City FC
Jaringan hatrik Arif Aiman Mohd Hanapi memastikan Johor Darul Ta'zim (JDT) mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas Kuala Lumpur City FC.
KLFA lunas sebahagian tunggakan KWSP pemain KL City FC
Pihaknya telah melunas tunggakan berjumlah RM50,000 selain memaklumkan tunggakan lain akan diselesaikan secara berperingkat.
KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras
Muhammad Adib Abdul Ra'op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.
Pemain saya dahagakan kemenangan, bukan menang nasib - Yusri
Pengendali Perak FC tolak dakwaan kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC malam tadi adalah kerana nasib semata-mata.
Perak catat kemenangan pertama di laman sendiri, Sabah tumbang di Selayang
Perak FC menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
Liga Super: KL City belasah skuad muda Kedah 5-0
Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC membelasah skuad muda Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0, dengan Paulo Josue muncul wira hatrik pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.
Skuad B-23 KDA FC dijangka galas tugas menentang KL City Sabtu ini
Skuad B-23 KDA FC dijangka akan menggalas tugas dalam aksi Liga Super menentang KL City FC, Sabtu ini.
Kemuka deklarasi dokumen tidak tepat, KL City dikenakan hukuman berat
KL City FC hari ini dikenakan hukuman berat susulan mengemukakan deklarasi tunggakan yang tidak tepat dalam proses permohonan lesen kebangsaan dan AFC.
Tiada obligasi DBKL salur peruntukan kepada KLFA, KL City FC - Dr Zaliha
Tiada sebarang obligasi untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyalurkan apa-apa bentuk peruntukan kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC).
Safee Sali sokong tindakan Josue suarakan isu tunggakan gaji
Isu tunggakan gaji yang melanda pemain tengah Kuala Lumpur (KL) City FC, Paulo Josue mendapat perhatian Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Safee Sali.