PENYERANG skuad hoki UniKL, Mohd Hafiz Zainol, terpaksa menolak tawaran kelab Sonali Bank di Liga Hoki Perdana Dhaka, bermula Rabu ini.
Ia susulan isu peribadi yang memerlukan tumpuan Hafiz.
Ssituasi tersebut menyaksikan tiga pemain muda akan meneruskan perjuangan sebagai pemain import di Dhaka mewakili Sonali Bank iaitu Azrul Abd Rahman, Abd Khaliq Hamirin dan Zulhamizan Awang Abas.
Secara keseluruhan, tujuh pemain import akan beraksi di Liga Hoki Perdana Dhaka.
"Saya terpaksa menolak tawaran ke Bangladesh kerana perlu mengurus keluarga saya ketika ini. Saya agak kecewa namun saya meletakkan keutamaan kepada keluarga," kata Hafiz.
"Saya telah banyak beraksi dalam liga yang berbeza dan setiap peluang itu adalah pengalaman yang berguna dan berharap mereka yang akan ke sana dapat melakukan yang terbaik."
Astro Arena
Sun Oct 17 2021
MOHD HAFIZ: Saya terpaksa menolak tawaran ke Bangladesh kerana perlu mengurus keluarga saya ketika ini. - Foto Astro ARENA
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Liga Hoki Dhaka: Hafiz Zainol terpaksa tolak tawaran beraksi di Bangladesh
Situasi tersebut menyaksikan tiga pemain muda akan meneruskan perjuangan sebagai pemain import di Dhaka mewakili Sonali Bank.