KUALA LUMPUR: Pemain badminton perseorangan wanita K. Letshanaa menyasar untuk menyertai lebih banyak kejohanan antarabangsa bagi meningkatkan ranking dunianya agar dapat bersaing dalam kejohanan peringkat lebih tinggi.
Pemain berusia 19 tahun itu berjaya membaiki ranking kepada kedudukan ke 257 daripada 520 dalam tempoh sebulan selepas beraksi di Sydney International, Bendigo International di Australia dan North Harbour International di New Zealand selepas kembali dengan pingat perak Sukan Malaysia (Sukma) pada September, setelah berehat selama sembilan bulan bagi menjalani pemulihan kecederaan bahagian belakang.
"Memenangi perak Sukma selepas tempoh pemulihan sembilan bulan adalah permulaan yang baik selepas lama tidak berdepan kejohanan. Melalui tiga kejohanan itu, saya dapat melonjakkan ranking dunia saya daripada 520 kepada bawah 300, manakala permainan saya lebih baik berbanding prestasi saya dalam Sukma.
"Sasaran utama saya adalah untuk mencapai 10 teratas dalam ranking dunia, bersaing dalam kejohanan Siri Super, Kejohanan Dunia dan Olimpik serta memenangi pingat untuk Malaysia," katanya kepada Bernama.
Letshanaa, yang menjadi tumpuan selepas memenangi gelaran juara kebangsaan bawah 18 tahun pada usia 14 tahun pada 2017, berhasrat untuk beraksi dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Selain pingat perak Sukma 2022, remaja itu juga pernah memenangi kejuaraan Mauritius International 2018 dan merupakan sebahagian daripada pasukan Malaysia yang memenangi pingat gangsa berpasukan campuran Piala Sudirman 2021 dan Kejohanan Remaja Asia 2018 masing-masing di Vantaa, Finland dan Jakarta, Indonesia.
Letshanaa, yang kini berlatih di bawah bimbingan bapanya A. Karupathevan dan abangnya Jhotiswaran sebagai pemain bebas, telah mencapai ranking terbaiknya iaitu 185 pada Mac 2019, sebelum tergelincir di bawah 700 semasa pandemik COVID-19.
Letshanaa, yang berhenti daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kerana kecederaan bahagian belakang awal tahun ini, berharap dapat mengumpul kira-kira RM300,000 melalui pembiayaan orang ramai untuk memastikan penyertaannya dalam lebih 10 kejohanan sehingga akhir tahun depan untuk meningkatkan ranking dunianya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 02 2022

Pemain berusia 19 tahun itu berjaya membaiki ranking kepada kedudukan ke 257 daripada 520 dalam tempoh sebulan. - Facebook/Badminton Association of Malaysia
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.
Di mana 250 rakyat Malaysia?
Kementerian Luar masih mengesan 250 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket tawaran pekerjaan di luar negara setakat 7 Mac lalu.
Dewan Negara lulus usul Menjunjung Kasih Titah Diraja
Dewan Negara hari ini meluluskan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja.

Cabar handalan dunia jadi kayu ukur prestasi sebenar - Letshanaa
Letshanaa menyedari ia bukan tugas mudah sekiranya diundi bertemu pemain handalan seawal pusingan pertama sepanjang tempoh kelayakan.

Letshanaa tekad tunjuk taring sebenar di Piala Sudirman
K. Letshanaa sedang berusaha mempertingkatkan intensiti latihan bersama jurulatih perseorangan wanita negara James Chua.

Letshanaa sasar lebih banyak kejohanan untuk baiki kedudukan di ranking dunia
Pemain berusia 19 tahun itu berjaya membaiki ranking kepada kedudukan ke 257 daripada 520 dalam tempoh sebulan.