PHNOM PENH: Bintang sukan tari negara Sam Jee Lek tidak nyenyak tidur apabila memikirkan misi mempertahankan pingat emas acara breakdance (B-Boys) di Sukan SEA 2023, yang dimenanginya pada Selasa.
Sam atau dikenali Lego Sam mendedahkan bahawa beliau menghadapi tekanan dalam usaha memastikan pingat emas kekal miliknya pada edisi di Kemboja kali ini.
"Saya dedikasikan pingat emas ini buat keluarga dan rakan-rakan yang terus menyokong saya dan paling penting buat diri sendiri yang dipaksa berusaha keras. Saya sangat gembira semua usaha saya berbaloi.
"Saya mula tidak dapat tidur lena selepas Tahun Baharu Cina tahun ini. Apabila saya tutup mata, saya terfikirkan Sukan SEA dan apabila terjaga saya terus paksa diri dengan menggandakan latihan untuk pertahankan emas di sini," katanya kepada Bernama.
Pada aksi final di Olympic Complex Marquee, atlet berusia 27 tahun itu memukau juri dengan gerak tari yang cukup bertenaga untuk membawa pulang pingat emas selepas mengecewakan pesaing terdekat dari Thailand Chinavut Chantarat (Cheno) dengan 3-0.
Justeru, Sam amat berharap dengan pencapaian hebat di Phnom Penh akan menarik perhatian Majlis Sukan Negara (MSN) untuk membantu pembangunan sukan tari negara.
Atlet kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu juga berharap mendapat khidmat jurulatih luar dalam memastikan dirinya lebih bersedia untuk bertanding dengan peserta bertaraf dunia dan memburu slot ke Sukan Olimpik Paris 2024.
"MSN selalu bantu saya dengan menaja tiket penerbangan apabila saya menyertai kejohanan antarabangsa sebelum ini, namun saya berharap akan ada peruntukan untuk mendapatkan khidmat jurulatih luar kerana ia agak sukar untuk mendapat jurulatih di Malaysia," katanya.
Sementara itu, Sam berharap dapat menempatkan diri dalam kelompok 40 terbaik tahun ini bagi membolehkannya mendapat peluang menyertai pusingan akhir kelayakan ke Sukan Olimpik.
Sam yang ketika ini berada di kedudukan ke-85 dalam ranking kelayakan Olimpik berkata, hanya 16 daripada 40 penari terbaik daripada pusingan kelayakan berpeluang berentap di pusingan akhir kelayakan Sukan Olimpik.
Pada edisi 2019 di Manila, Filipina, Sam muncul penyumbang pingat emas pertama Malaysia dalam sukan tari menerusi disiplin breakdance. Bagaimanapun, B-Boys tidak dipertandingkan di Hanoi, Vietnam pada 2021.
Sam pernah memenangi lebih 80 gelaran dalam pelbagai kejohanan disertainya, termasuk memenangi Red Bull BC One pada 2015 dan 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023

Lego Sam (tengah) mendedahkan bahawa beliau menghadapi tekanan dalam usaha memastikan pingat emas kekal miliknya pada edisi di Kemboja kali ini. - Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Lego Sam tidak nyenyak tidur demi pertahan emas breakdance
Lego Sam mendedahkan bahawa beliau menghadapi tekanan dalam usaha memastikan pingat emas kekal miliknya pada edisi di Kemboja kali ini.

Sukan SEA: Emas kedua negara di lantai tari
Lego Sam mengharumkan nama negara apabila mengungguli acara disiplin 'break dance'.