SELURUH dunia gusti profesional hari ini berdukacita dengan berita pemergian bintang legenda tersohor Scott Hall atau popular sebagai ‘The Bad Guy’ Razor Ramon pagi tadi.
Scott Hall dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 63 tahun setelah beberapa hari bertarung nyawa dengan alat bantuan pernafasan akibat komplikasi jantung pasca pembedahan di Wellstar Kennestone Hospital yang terletak Marietta, Georgia. Berita kematiannya telah disahkan oleh WWE sendiri melalui satu kenyataan pagi tadi.
Memulakan kerjaya gusti profesionalnya pada tahun 1984 dengan bergusti di beberapa organisasi terkemuka di Amerika Syarikat sebelum akhirnya mencipta nama di WWE pada Mei 1992 dengan menggunakan nama Razor Ramon.
Bermula sebagai penggusti berwatak jahat dengan moniker The Bad Guy, Razor terus menjadi kegilaan peminat WWE dan menjadi antara bintang utama di era New Generation di samping Bret The Hitman Hart, Shawn Michaels, Diesel dan ramai lagi.
Kehebatan dan karismanya begitu terserlah sehingga diangkat sebagai Juara Antara Benua sebanyak empat kali di syarikat milik Vince McMahon tersebut.
Di samping karakter ikoniknya sebagai Razor Ramon, penggusti kelahiran Maryland, Georgia ini juga mencipta fenomenanya yang tersendiri apabila bertindak berhijrah ke syarikat pesaing WWE iaitu WCW (World Championship Wrestling) pada Mei 1996.
Bersama rakannya Kevin Nash, mereka bergabung tenaga dengan bintang legenda Hulk Hogan membentuk gagasan nWo (New World Order), sekali gus menggegar dunia gusti profesional sehingga tercetusnya perang hebat pada setiap malam Isnin di antara WCW dan WWE.
Populariti nWo begitu mengagumkan sehingga boleh dianggap sebagai antara kumpulan paling berpengaruh dalam sejarah gusti profesional.
Walaupun tidak pernah menggondol kejuaraan utama di WWE dan WCW, namun karakternya yang menghiburkan dengan pencungkil gigi di bibir begitu dekat di hati peminat.
Ungkapan “Hey Yo”nya terus meniti di bibir peminat gusti sehingga ke hari ini, menjadikan Scott Hall sebagai antara bintang Hall Of Fame paling diingati sejak dulu, kini dan selamanya.
Astro Arena
Tue Mar 15 2022
Ungkapan 'Hey Yo'nya terus meniti di bibir peminat gusti sehingga ke hari ini, menjadikan Scott Hall sebagai antara bintang Hall Of Fame paling diingati. - Foto WWE.com
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Legenda gusti Scott Hall meninggal dunia
Scott Hall dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 63 tahun setelah beberapa hari bertarung nyawa dengan alat bantuan pernafasan akibat komplikasi jantung pasca pembedahan.