KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilihan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memberikan kelonggaran dalam syarat pemilihan ke Sukan Asia Hangzhou di China, dengan membenarkan Kategori B2 bertanding, menyaksikan lebih 300 atlet negara berpeluang menyertai temasya berkenaan.
Pengerusi jawatankuasa berkenaan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pada awalnya hanya 222 atlet menepati kriteria pemilihan ke temasya yang dijadualkan bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini selepas pihaknya menetapkan syarat yang lebih ketat.
Ia merangkumi 118 atlet bagi Kategori A (kos ditanggung sepenuhnya), iaitu menyamai kedudukan keempat teratas pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, dan 104 atlet bagi Kategori B1 (kos dipulangkan jika menang pingat), untuk atlet yang menyamai kedudukan kelima atau keenam edisi 2018.
Namun, Mohamad Norza berkata selepas meneliti rayuan daripada beberapa sukan melibatkan 83 atlet, pihaknya bersetuju untuk memberikan peluang kepada 79 atlet untuk mewakili negara dalam Kategori B2 jika menyamai kedudukan ketujuh atau kelapan pada edisi lepas, menjadikan jumlah itu bertambah kepada 301 orang.
Bagaimanapun, jumlah sebenar saiz kontinjen negara hanya akan dimuktamadkan esok selepas mengambil kira keputusan terkini Kejohanan Olahraga Asia di Bangkok, Thailand, Kejohanan Dunia Akuatik di Fukuoka, Jepun dan Kejohanan Menembak Trofi Chia Woh di Subang.
"Atlet di bawah Kategori B2 menyertai Sukan Asia atas tajaan sendiri serta tidak disasarkan untuk memenangi pingat.
"Namun, pihak MOM berpandangan atlet-atlet yang terpilih di bawah Kategori B1 dan B2 perlu menunjukkan prestasi terbaik mereka sekurang-kurangnya layak ke peringkat separuh akhir dalam acara masing-masing," katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Sementara itu, Mohamad Norza menjelaskan saiz kontinjen kali ini juga bertambah kerana peningkatan penyertaan acara berpasukan iaitu melibatkan 43 peratus atau 130 daripada 301 atlet.
"Jumlah penyertaan sukan berpasukan ini telah bertambah daripada tiga sukan di Doha 2006 kepada tujuh sukan pada kali ini.
"Pihak MOM telah memperketatkan syarat kelayakan daripada sekurang-kurangnya tempat kelapan edisi lepas untuk dijadikan asas pemilihan kontinjen negara ke Sukan Asia Hangzhou, berbanding pemilihan ke Sukan Asia 2018 yang menggunakan kriteria tempat ke-16 Sukan Asia Incheon 2014," katanya.
Tujuh sukan berpasukan itu adalah bola keranjang (8 atlet), hoki lelaki (18 atlet) dan sepak takraw lelaki (12 atlet) yang berada dalam Kategori A; hoki wanita (18 atlet), kabbadi (12 atlet), perlumbaan bot tradisional (14 atlet), ragbi (12 atlet) dan sepak takraw wanita (6 atlet) yang layak bagi kategori B1.
Kriket dengan 30 atlet, menjadi satu-satunya sukan berpasukan yang berada dalam Kategori B2.
Pada edisi 2018, Malaysia yang diwakili oleh 417 atlet, membawa pulang tujuh emas, 13 perak dan 16 gangsa untuk mengekalkan kedudukan ke-14 keseluruhan, selepas 277 atlet yang mewakili negara pada edisi 2014 merangkul 5-14-14.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 14 2023
Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pada awalnya hanya 222 atlet menepati kriteria pemilihan ke temasya yang dijadualkan bermula 23 Sept hingga 8 Okt ini selepas pihaknya menetapkan syarat yang lebih ketat. - Gambar fail/BERNAMA
Pengecilan lorong lebuh raya tidak libatkan Tahun Baharu Cina, Aidilfitri 2025
Pengecilan lorong di Plus dari Sedenak ke Kulai bagi memberi laluan kepada projek pembinaan lorong tambahan di lebuh raya itu, dijangka tidak dilakukan semasa sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Berhati-hati sampaikan ucapan berkaitan Nabi Muhammad - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meminta semua pihak berhati-hati dalam menyampaikan ucapan berkaitan kemuliaan Nabi Muhammad SAW.
Filem 'Abang Adik' menang filem terbaik di Los Angeles
Bintang utamanya Wu Kang-ren yang membawakan watak Abang turut memenangi Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi kategori Feature Snow Leopard.
Penjawat awam Pulau Pinang terima bonus setengah bulan gaji Disember ini
Kerajaan Pulau Pinang meluluskan bayaran bonus akhir tahun sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam di negeri ini.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Penjawat awam Negeri Sembilan dapat bonus dua bulan gaji
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji kepada semua penjawat awam di negeri itu.
Kerajaan tanggung RM1.662 juta kos penerbangan lawatan rasmi PM - Fahmi
Kerajaan berjaya menjimatkan hampir RM1 juta untuk sewaan penerbangan khas bagi lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara, baru-baru ini.
Harga dalam julat antara AS$65 dan AS$75 setong pada 2025
Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings) mengunjurkan harga minyak berada dalam julat antara 65 dan 75 dolar amerika setong pada 2025.
Siasatan kes perolehan aset di luar negara keluarga Tun Daim diteruskan - SPRM
SPRM ketika ini sedang melakukan penyelidikan kewangan (money trail) di luar negara dengan kerjasama agensi-agensi antarabangsa.
Untung bersih Affin Bank melonjak
Keuntungan bersih Affin Bank Berhad meningkat 45% kepada RM145.82 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2024, didorong oleh peningkatan pendapatan daripada kadar faedah dan segmen perbankan Islam.
Mohamad Norza menang tanpa bertanding jawatan Naib Presiden OCA
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dipilih sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi Zon Asia Tenggara hari ini.
Aaron Chia-Soh Wooi Yik kekal dalam perancangan BAM hingga 2028
Aaron Chia-Soh Wooi Yik, kekal bersama Persatuan Badminton Malaysia sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
Mohamad Norza dicalonkan bagi jawatan Naib Presiden OCA
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Tan Sri Mohamad Norza Zakaria dicalonkan sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia.
Olimpik Paris: MOM letak harapan lima jenis sukan mampu buahkan pingat emas
Lima sukan itu ialah badminton, berbasikal, terjun, memanah dan sukan perahu layar, yang mempunyai peluang cerah untuk menyumbang pingat kepada kontinjen negara.
Olimpik: Belum ada sasaran pingat, MOM akan bincang dengan menteri
MOM masih belum menetapkan jumlah sasaran pingat bagi temasya itu yang akan berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos ini.
Norza yakin skuad badminton negara 'meletup' di Olimpik Paris
Presiden Persatuan Badminton Malaysia yakin dan percaya bahawa barisan pemain negara akan 'meletup' pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024.
Hormati keputusan Norza untuk letak jawatan sebagai Presiden BAM selepas Olimpik - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menghormati keputusan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria untuk meletak jawatan sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selepas Sukan Olimpik Paris 2024.
Norza yakin atlet akan tunai janji raih emas di Olimpik Paris
Peminat sukan tanah air diseru tidak meragui keupayaan atlet kebangsaan untuk merangkul pingat emas Olimpik sulung negara pada Olimpik Paris.
BAM mahu impian dua wakil setiap kategori di Olimpik terus 'hidup'
Semua pihak peru beri komitmen dalam usaha memastikan badminton terus menjadi penyumbang pingat terbesar buat negara pada LA28 Julai nanti.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.