Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei menerima tamparan hebat apabila tewas mengejut kepada bintang muda China, Tian Houwei pada aksi separuh akhir Badminton Terbuka Australia.

Chong Wei yang juga pilihan utama gagal mengekang kelincahan lawan berusia 20 tahun itu.

Tewas set pertama 21-19 Chong Wei mempamer kebangkitan.

Hasilnya pemain berusia 30 tahun itu merampas set berikutnya dengan keputusan 21-17.

Chong Wei bagaimanapun tidak mampu mengekalkan tempo permainan dan tewas set penentuan 18-21.

Cabaran negara dalam saingan beregu juga berakhir selepas gandingan Zakry Abdul Latiff-Fairuzizuan Tazari mengalami nasib yang sama seperti Chong Wei.

Zakri-Fairuz mudah dikalahkan pasangan Indonesia Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dengan keputusan straight sets 21-18 dan 21-18.