SKUAD bawah 22 tahun (B-22) negara nyata perlu bimbang untuk menghadapi Myanmar di Stadium Shah Alam, malam esok ekoran lawan telah melakukan persiapan selama tiga minggu sebelum tiba ke Kuala Lumpur.
Jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee, pula hanya mempunyai masa hanya sehari untuk mengadakan latihan bersama 26 pemain yang dipanggil.
Senarai itu termasuk 12 pemain yang hanya tiba semalam, dengan sebahagian besar mereka beraksi selama 90 minit bersama pasukan masing-masing dalam saingan Liga Malaysia.
Kim Swee menjelaskan dia tiada pilihan lain kecuali terpaksa menggunakan sahaja pemain walaupun bingung memikirkan kecergasan anak-anak buahnya.
"Penting untuk kami memikirkan strategi dan corak kami bermain. Kami tahu Myanmar berlatih sudah tiga minggu tetapi itu bukan masalah yang perlu saya fikirkan.
"Saya lebih pentingkan apa yang perlu kami lakukan walaupun sehari dan saya percaya pemain akan memberi yang terbaik serta mengikut apa yang kami perlu lakukan dalam perlawanan esok," katanya.
Namun, keadaan itu jauh berbeza dengan Myanmar yang sudah mengharungi empat perlawanan persahabatan sebelum tiba ke Malaysia.
Myanmar nyata jauh lebih bersedia menghadapi pasukan negara selepas disuntik dengan kehadiran 10 pemain yang beraksi dalam Piala Dunia Bawah 20 Tahun di New Zealand, dua tahun lalu.
"Kami bermain menentang Kemboja, Hong Kong dan skuad universiti dari Jepun sebelum bertemu skuad senior (Myanmar). Saya mesti mengucapkan terima kasih dengan jemputan ke sini.
"Ini adalah peluang baik dalam persediaan kami untuk kelayakan Kejohanan Piala AFC B-23," kata jurulatih skuad B-23 Myanmar, Gerd Zeise.
Tag Datuk Ong Kim Swee
Astro Arena
Wed Jul 12 2017
KIM SWEE: Penting untuk kami memikirkan strategi dan corak kami bermain.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bola sepak Sukan SEA: Malaysia tewas tipis kepada Filipina
Skuad bawah 22 tahun negara (B-22) tewas 1-0 kepada tuan rumah Sukan Sea Filipina dalam aksi kedua Kumpulan A di Stadium Rizal Memorial, Manila pada Jumaat malam.
Sukan SEA: Wan Kuzain akhirnya sertai latihan skuad Kim Swee
Pemain yang lahir di Carbondale, Illinios, Amerika Syarikat itu, sebelum ini dilaporkan menghadapi masalah dokumentasi dan juga pasportnya.
Bola sepak: Muhammad Adib sedia berkelana ke Thailand
Kapten skuad bola sepak Bawah 22 (B-22) negara, Muhammad Adib Zainudin sedia berhijrah ke Thailand sekiranya mendapat tawaran untuk beraksi dengan mana-mana kelab liga utama di negara berkenaan.
Skuad B-22 negara bermula garang, benam Indonesia 3-0
Malaysia memulakan kempen kelayakan Kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23) dengan langkah kanan apabila menewaskan Indonesia 3-0 dalam saingan Kumpulan H.
Latihan hanya sehari: Kim Swee tiada pilihan lain
Jurulatih negara, Datuk Ong Kim Swee, pula hanya mempunyai masa hanya sehari untuk mengadakan latihan bersama 26 pemain yang dipanggil.