MARSEILLE (Perancis): Selepas ketibaan obor Olimpik di Pelabuhan Vieux sehari sebelumnya, larian obor itu berakhir di perhentian pertamanya di tanah Perancis, Marseille pada Khamis yang disertai wakil daripada kelab bola sepak Olympique de Marseille.
Basile Boli, bekas pemain antarabangsa Perancis yang menjaringkan gol kemenangan dalam final Liga Juara-Juara 1993 untuk Marseille, menjadi pembawa obor pertama pada hari itu, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
"Ia membuatkan jantung berdebar dan sangat menakjubkan," kata Boli. "Ini api nyalaan Olimpik, simbol sukan, hidup bersama, dan segala yang kita harapkan di dunia."
Boli kemudian menyerahkan obor itu kepada Colette Cataldo, penyokong Olympique de Marseille berusia 83 tahun, dalam saat yang simbolik dan penuh emosi.
Kira-kira 200 pembawa obor menyertai larian di bandar pelabuhan itu, termasuk bekas bintang bola keranjang NBA Perancis, Tony Parker.
"Permulaan adalah penting dalam sukan," kata Presiden Paris 2024 Tony Estanguet selepas permulaan larian. "Kami bermula dengan baik... sekarang ia bermula.
"Jom kita mulakan untuk satu sambutan hebat," katanya lagi.
Kemuncak larian berlangsung di Stade Velodrome, stadium pasukan Olympique de Marseille, apabila Jean-Pierre Papin, pemenang Ballon d'Or 1991, memulakan larian di venue terkenal ini.
Bekas pemain bola sepak antarabangsa Cote d'Ivoire Didier Drogba, legenda Marseille, adalah pembawa obor terakhir pada hari itu dan menyalakan kawah di luar stadium sebagai penutup larian hari itu, lapor Xinhua.
"Ia sangat hebat memberikan rasa bangga kepada rakyat Perancis dan menunjukkan kepada seluruh dunia apa yang kita mampu capai," kata Menteri Sukan Perancis, Amelie Oudea-Castera.
"Kita akan memberikan kegembiraan kepada seluruh dunia," katanya lagi.
Inovasi utama larian obor Olimpik Paris ialah pengenalan pembawa obor kolektif, dengan pelbagai pembawa obor berfungsi sebagai satu kumpulan dalam larian.
Liu Jia, warga Austria berdarah China dan bekas ahli pasukan pingpong kebangsaan Austria, menyertai lebih 20 atlet dari pelbagai negara Eropah sebagai sebahagian daripada kumpulan "pembawa obor kolektif."
"Menjadi pembawa obor bersama begitu ramai atlet dari negara lain adalah pengalaman yang sangat unik, dan ia turut mencerminkan semangat Olimpik yang lebih bersatu," kata Liu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024

Drogba memegang obor Olimpik untuk menyalakan kawah di luar stadium, di Marseille, selatan Perancis, 9 Mei 2024. (Foto AP)

Chong Wei sedia kongsi komitmen sebagai duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei bersedia memikul tanggungjawab sebagai penasihat badminton dan duta sukan Johor seperti diumum Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tiada bukti kaitkan bekas pakar patologi dengan pembunuhan Kevin Morais - Peguam
Mahkamah Persekutuan diberitahu tiada bukti yang mengaitkan Kolonel Dr R. Kunaseegaran dengan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais.

Pemastautin sementara dalang palsu MyKad - Saifuddin
Seorang pemastautin sementara dipenjara kerana didapati menjadi dalang aktiviti pemalsuan kad pengenalan (MyKad) di ibu negara.
Vietnam seru negara anggota perkukuh ekonomi
ASEAN perlu memastikan kebergantungan strategik dan keupayaan menyesuaikan diri dalam menghadapi cabaran yang semakin berkembang pesat di tengah persaingan strategik.
Vietnam cadang lanjut cuti bersalin ke 7 bulan
Vietnam bercadang membenarkan pekerja wanita melanjutkan cuti bersalin daripada enam bulan kepada tujuh bulan apabila melahirkan anak kedua.
VinFast rancang bina 100,000 stesen pengecas EV di Indonesia
VinFast merancang membina 100,000 stesen pengecas kenderaan elektrik atau EV di seluruh Indonesia yang boleh digunakan orang awam.
Singapura-Vietnam bentuk perkongsian strategik komprehensif
Perkongsian strategik komprehensif ini akan memacu perkembangan didorong oleh inovasi serta pertumbuhan hijau di Singapura dan Vietnam.
Rundingan sempadan maritim dan darat terima kerjasama baik
Kedua-dua pihak turut membincangkan pelbagai isu penting dalam hubungan dua hala antara malaysia dan Indonesia.

Stesen Jana Kuasa Pulau Indah telah beroperasi, jana RM1.6 bilion tahun hadapan
Stesen jana kuasa Pulau Indah (PIPP) di Klang yang dibina empat tahun lepas telah beroperasi secara komersial bermula 1 Mac lepas.
Menara loceng Romanesque terbesar siap selepas 15 tahun
Thailand mempersembahkan menara loceng Romanesque terbesar dunia setinggi tiga tingkat di bandar Wat Ban Dong Yai.

Larian obor sukan musim sejuk Asia ke-9 bermula pada Isnin
Kurang seminggu sebelum pembukaan rasmi Sukan Musim Sejuk Asia (AWG) ke-9 di Harbin, larian obor temasya tersebut akan bermula secara rasmi di "Bandar Ais" pada Isnin.

Sukan Olimpik Paris: Larian obor terencat gara-gara kawah gagal dinyalakan
Momentum semangat untuk menyambut temasya Olimpik Paris 2024 sedikit terganggu gara-gara disebabkan kawah obor yang gagal menyala sebaik tamatnya fasa larian.

Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.

IOC, penganjur Olimpik Tokyo setuju mudahkan acara
Penganjur akan mempertimbangkan untuk mengurangkan jumlah orang yang terlibat dalam setiap acara selain atlet dan penonton mungkin termasuk pegawai IOC dan wakil badan sukan kebangsaan.

Khairul Hafiz perlu terbuka terima jurulatih baharu
Datuk Rabuan Pit berkata pelari berusia 20 tahun itu tidak seharusnya hanya mahu bergantung dengan khidmat jurulatihnya Mohd Poad Md Kassim.

Obor Sukan SEA 2017 tiba di Parit Buntar
Larian Obor Sukan SEA 2017 (KL2017), peringkat negeri Perak, tiba di Dewan Merdeka Parit Buntar kira-kira pukul 10.40 pagi Khamis.

Puasa tidak halang larian obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017
Penganjur akan menimbangkan untuk melakukan larian tersebut pada sebelah petang dan berhenti seketika menjelang waktu berbuka puasa sebelum meneruskannya pada sebelah malam.