Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mendapat laluan mudah untuk memburu gelaran dunia bagi kali kelapan pada Kejohanan Wanita Dunia di Kaherah, Mesir, bulan depan.
Dalam undian yang diadakan di Mesir hari ini, Nicol selaku pilihan utama, akan memulakan kempen dengan berdepan pemain daripada pusingan kelayakan.
Pada pusingan kedua, Nicol, yang juga pemain nombor satu dunia, akan berjumpa dengan pemenang antara pilihan ke-13 Jenny Duncalf dari England dan pemain pusingan kelayakan.
Menurut laman sesawang kejohanan, www.squashsite.co.uk, pemain nombor dua negara, Low Wee Wern, yang diletak sebagai pilihan ketujuh, akan menentang pemain Guyana, Nicolette Fernandes pada pusingan pertama.
Sekiranya berjaya melepasi pusingan pertama, Wee Wern, 24, akan berdepan dengan pemenang perlawanan antara Madeline Perry dari Ireland dan bintang muda India yang semakin meningkat, Joshana Chinappa pada pusingan kedua.
Bekas juara remaja dunia, Nour-El-Sherbini dari Mesir, yang menyingkirkan Nicol pada separuh akhir edisi tahun lepas di Pulau Pinang, akan membuka kempen dengan menentang rakan senegara, Nouran Gohar.
Sebagai rekod, Nicol telah berjaya merangkul kejuaraan dunia itu sebanyak tujuh kali iaitu pada 2005, 2006, 2008, 2009, 2010, 2011 dan 2012.
Kejohanan dunia, dengan hadiah keseluruhan wang tunai US$150,000 tahun ini, akan berlangsung di Kelab Wadi Degla di Kaherah dari 15 hingga 20 Dis ini.
Bernama
Fri Nov 14 2014

Datuk Nicol David dapat laluan mudah untuk buru gelaran dunia bagi kali kelapan pada Kejohanan Wanita Dunia di Kaherah, Mesir, bulan depan. -Gambar fail

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Laluan mudah bagi Nicol untuk buru gelaran dunia kali kelapan
Datuk Nicol David dapat laluan mudah untuk buru gelaran dunia bagi kali kelapan pada Kejohanan Wanita Dunia di Kaherah, Mesir, bulan depan.

Nicol mara ke separuh akhir Hong Kong Open
Nicol akan bertemu Alison Waters di dalam separuh akhir Hong Kong Open hari ini.