CADIZ 0 BARCELONA 4
Perlawanan LaLiga di antara Cadiz dan Barcelona awal pagi tadi dihentikan selama 50 minit selepas seorang penyokong terpaksa diberikan rawatan segera -- dipercayai mengalami serangan jantung.
Pasukan pelawat, Barcelona, sedang mendahului 2-0 berbaki 10 minit terakhir sebelum insiden itu berlaku.
Penjaga gol Cadiz, Jeremias Ledesma, berlari melintasi padang dengan membawa kit kesihatan untuk diberikan ke tempat duduk penonton sebelum kesemua pemain keluar dari padang.
Penyokong berkenaan kemudian dikejarkan ke hospital dengan ambulans dan ketua jurulatih Barca, Xavi, berkata: "Kami semua bersetuju untuk menghentikan perlawanan.
"Perkara seperti ini melangkaui bola sepak, kita sedang bercakap mengenai nyawa seorang manusia di sini.
"Mujurlah mereka dapat menyelamatkannya."
Barca menambah dua lagi jaringan selepas perlawanan itu bersambung untuk kini menduduki tangga teratas LaLiga dengan empat kemenangan berturut-turut.
Pemain tengah Belanda, Frenkie de Jong, membuka jaringan buat Barca sebelum pemain tengah Poland, Robert Lewandowski, menggandakan jaringan itu tidak lama selepas dimasukkan dalam babak kedua.
Seorang lagi pemain gantian, Ansu Fati, kemudian menjaringkan gol ketiga pasukannya sebelum pemain kebangsaan Perancis, Ousmane Dembele, melengkapkan keputusan perlawanan itu dalam waktu kecederaan.
*Kredit foto: Football Espana
Astro Arena
Sun Sep 11 2022
Perlawanan LaLiga di antara Cadiz dan Barcelona awal pagi tadi dihentikan selama 50 minit selepas seorang penyokong terpaksa diberikan rawatan segera. - Foto Football Espana/Astro ARENA
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
LaLiga: Barcelona selesa di puncak liga dengan jurang sembilan mata
Dani Olmo menjaringkan dua gol manakala Raphinha dengan satu gol sekali gus melebarkan jurang mereka dengan pencabar terdekat, Real Madrid.
Hansi Flick gesa penggantungan aksi LaLiga selepas banjir kilat Sepanyol
Flick merasakan adalah salah bahawa LaLiga bermain susulan banjir kilat yang telah memusnahkan kawasan di timur Sepanyol.
'Kami terluka' - Luah Ancelotti selepas Real Madrid tewas kepada Barcelona
Carlo Ancelotti menjelaskan Real Madrid tidak perlu 'membuang segala-galanya ke dalam tong sampah' selepas tewas 4-0 kepada Barcelona.
LaLiga: Dua gol Lewandowski bantu Barcelona ratah Real Madrid di Santiago Bernabeu
Madrid turun ke padang dengan harapan untuk menyamai rekod tanpa kalah paling lama dalam sejarah LaLiga, namun tidak berjaya.
LaLiga: Robert Lewandowski catat hatrik ketiga sebagai penyerang Barcelona
Barcelona, yang bertandang sebagai pelawat, membuka tirai jaringan dengan tandukkan tepat Lewandowski ke arah gawang gol Alaves untuk mendahului 1-0.
LaLiga: Barcelona alami kekalahan pertama di tangan Osasuna
Pasukan pelawat memperoleh kemenangan pertama dalam aksi LaLiga bertemu The Blaugrana dalam sembilan percubaan.
LaLiga: Lima kemenangan dalam lima aksi buat Barcelona, Hansi Flick semakin membara
Dua jaringan dalam tempoh tujuh minit daripada pemain muda itu cukup untuk mendahului perlawanan dalam separuh masa pertama.
Bekas delegasi LaLiga dilantik sebagai CEO MFL baharu
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan bekas Delegasi LaLiga di Malaysia Giorgio Pompili Rossi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MFL baharu.
LaLiga: Gol berganda Mbappe pastikan Real Madrid atasi Real Betis
Kylian Mbappe menjaringkan gol berganda dalam babak kedua untuk memastikan Real Madrid menewaskan Real Betis 2-0 dalam perlawanan LaLiga.
Barcelona tekad langsai hutang jumpa Girona
Barcelona akan menentang Girona dalam perlawanan 'derby' Catalan hujung minggu ini dengan misi membalas dendam awal musim ini.