JOHOR BAHRU: Pemain warisan Malaysia-Finland, Nooa Laine,berharap panggilan pertamanya menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya akan menjadi platform untuk menunjukkan keupayaannya, sekali gus mendapat tempat dalam kesebelasan utama.
Pemain berusia 20 tahun, yang baru menyertai kelab SJK Akatemia di Liga Dibvisyen 1 Finland, dikatakan diiktiraf oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon, adalah sesuatu yang baik dan berasa bangga berada dalam senarai 27 pemain.
"Saya mahu menyertai (kesebelasan utama), jika tidak sekarang, mungkin pada masa depan, saya akan menjadi sebahagian daripada pasukan dan mahu menunjukkan nilai yang ada pada diri saya untuk membantu pasukan.
"Sudah tentu ia sukar sekarang, saya hanya berlatih sekali dengan pasukan, bukan dengan semua pemain. (Tetapi akhirnya), itu yang saya mahu lakukan, untuk membantu pasukan (Harimau Malaya)," katanya kepada pemberita pada sesi latihan pusat di Padang Sri Gelam, di sini, semalam.
Laine, yang bermain sebagai pemain tengah, turut menyifatkan perbezaan dalam latihan antara skuad kebangsaan serta bermain bersama kelab di Finland.
"Sukar untuk dikatakan kerana saya tidak bermain dalam liga tetapi dalam pasukan kebangsaan ini, pemainnya sangat bagus dan berkemahiran dan bola sepak mungkin berbeza dengan Finland. Di Finland ia lebih taktikal, pemain lebih 'straight-forward', katanya.
Laine juga berkata bahawa beliau menerima sokongan hangat daripada peminat dan akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi jangkaan mereka.
Selain Laine, muka baharu lain yang dipanggil ialah penjaga gol Damien Lim (Sabah FC), Paulo Josue (Kuala Lumpur City FC), Endrick dos Santos (Johor Darul Ta'zim FC), Muhamad Feroz Baharudin (Johor Darul Ta 'zim FC), Daniel Sang Ting (Sabah FC) dan Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman (Negeri Sembilan FC).
Skuad Harimau Malaya sedang membuat persiapan menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Turkmenistan dan Hong Kong di Stadium Sultan Ibrahim, di sini, pada Khamis ini dan Selasa depan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023

Pemain warisan Malaysia-Finland, Nooa Laine berharap berupaya untuk menunjukkan keupayaannya,sekali gus mendapat tempat dalam kesebelasan utama. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Serangan seksual, Gerard Depardieu dibicarakan Isnin depan
Pelakon legenda Perancis, Gerard Depardieu akan dibicarakan pada Isnin depan atas dakwaan serangan seksual terhadap dua wanita di set penggambaran.
Dua maut dalam serangan dron Rusia di Zaporizhzhia
Serangan Rusia telah mengorbankan dua orang di bandar tenggara Ukraine, Zaporizhzhia manakala tiga lagi di bahagian utara dan timur negara itu pada lewat malam Jumaat.
Iftar Sekampung zahir semangat ukhwah masyarakat setempat
Lebih daripada sekadar berbuka puasa, program ini turut mencerminkan semangat kejiranan dan ukhuwah yang kukuh dalam kalangan masyarakat setempat.
Dua anggota bomba maut akibat kebakaran
Dua anggota bomba ditemui mati di Korea Selatan manakala dua lagi hilang dalam kejadian lebih 20 kebakaran hutan berlaku di seluruh negara pada Sabtu termasuk yang meragut nyawa di tenggara Semenanjung Korea.
Lelaki bersenjata samun kedai emas di Kota Damansara
Seorang lelaki bersenjatakan pistol bertindak berani mati apabila menyamun sebuah kedai emas di sebuah pasar raya Kota Damansara, petang Sabtu.
Kanak-kanak maut, enam cedera kereta bertembung di Bukit Katil
Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Penghulu Jaabar, Bukit Katil pada Jumaat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Kehadiran Duncan bantu pertingkat tahap kecergasan pasukan kebangsaan - Laine
Pemain tengah Harimau Malaya Nooa Laine mengakui kehadiran Dr Graig Duncan banyak membantu beliau dan rakan sepasukannya meningkatkan tahap kecergasan mereka menjelang pusingan ketiga Kelayakan Piala

23 pemain bawa cabaran Harimau Muda di B-23 Qatar 2024
Malaysia yang diundi dalam Kumpulan D akan membuka saingan menentang Uzbekistan pada 17 April diikuti aksi bertemu Vietnam dan Kuwait.

Netizen ternganga video perkenalkan Nooa Laine
Nooa juga mempunyai satu kap senior bersama Harimau Malaya, yang dicapainya ketika menentang Turkmenistan pada 23 Mac 2023.

Laine harap tampil keupayaan sebenar bersama Harimau Malaya
Pemain warisan Malaysia-Finland, Nooa Laine,berharap panggilan pertamanya menjalani latihan bersama skuad Harimau Malaya akan menjadi platform untuk menunjukkan keupayaannya.