Skuad gimnastik berirama senior negara mencipta satu lagi kejutan apabila memenangi pingat gangsa pada Kejohanan Gimnastik Berirama Asia 2018 yang berlangsung di Axiata Arena, Bandar Sukan Kuala Lumpur di sini, semalam.
Kejayaan mereka mempamerkan kemahiran yang mantap dalam acara lima gelung berkumpulan itu berjaya memikat barisan juri.
Pasukan negara dibarisi Koh Jei Yi, Chan Mei Thung, Nur Naieme Zainul Ariffin, Rachel Cheng, Tee Wei Wen dan Shak Yuki meraih pingat gangsa selepas mengumpul 16,200 mata bagi menewaskan pencabar terdekat, China yang mengutip 13,700 mata.
Pingat emas dimenangi Jepun yang mengutip 17,750 mata, manakala Kazakhstan meraih perak dengan 16.750 mata.
"Selepas berakhir Sukan SEA tahun lepas, pasukan negara meneruskan latihan awal tahun ini bagi menghadapi Kejohanan Asia. Saingan ini cukup sengit dan kejohanan kedua terbesar bagi acara berkumpulan selepas Kejohanan Dunia," kata jurulatih negara, Eriko Akibayashi.
Eriko yang berasal dari Jepun cukup berpuas hati dengan prestasi anak buahnya dan berharap kejayaan podium itu akan memberi motivasi kepada gimnas negara untuk menampilkan aksi terbaik pada hari terakhir kejohanan itu esok.
Sementara dalam acara all-around individu senior, Amy Kwan Dict Weng mengakui kesilapan yang dilakukan dalam rutin riben menyebabkan kedudukannya terjejas.
"Saya tidak tahu apa silapnya hari ini. Saya tidak pernah melakukan kesilapan besar seperti itu, termasuk ketika latihan dalam apparatus riben walaupun saya tahu prestasi saya tidak berapa baik dalam acara berkenaan.
"Apa pun saya tidak mahu terbawa-bawa dengan keputusan hari ini, dan mahu menebusnya dalam acara individu," kata gimnas berusia 23 tahun itu.
Dalam acara berkenaan, Amy menamatkan saingan di tempat ke-10 selepas mengumpul 54.450 mata, manakala seorang lagi gimnas Malaysia, Izzah Amzan di kedudukan ke-13 dengan 51.950 mata.
Beliau berpeluang mendapatkan kembali keyakinan dalam apparatus individu apabila berjaya berada dalam kelompok lapan terbaik dalam rutin riben dan belantan.
Sementara Izzah akan bersaing dalam rutin bola.
Acara all-round individu senior dimenangi gimnas Kazakhstan Alina Adilkhanova dengan 63.250 mata, manakala gimnas Uzbekistan Sabina Tashkenbaeva dan Nurinisso Usmanova, masing-masing meraih perak dan gangsa selepas mengumpul 62.750 dan 61.800 mata.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 01 2018

Atlet Gimnastik Negara, Rayna Hoh ketika beraksi pada Kejohanan Gimnastik Berirama ASIA kategori Junior Individual IAAF di Axiata Arena. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Lagi kejutan gimnas Malaysia di kejohanan Asia
Kejayaan mereka mempamerkan kemahiran yang mantap dalam acara lima gelung berkumpulan itu berjaya memikat barisan juri.