Kurang latihan high intensity (intensiti tinggi) sewaktu mereka melaporkan diri untuk pasukan kebangsaan yang boleh menyebabkan berlaku kecederaan apabila mereka pulang ke pasukan masing-masing, antara faktor persaraan empat pemain skuad kebangsaan.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata selain itu antara faktor lain yang membuatkan empat pemain berkenaan bersara juga disebabkan hasrat untuk memberi peluang kepada pemain muda menyarungkan jersi pasukan kebangsaan.
"Saya telah berhubung dengan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Tengku Mahkota Johor (TMJ) dalam perbualan panjang lebar dan beliau telah maklumkan kepada saya mengenai beberapa kebimbangan yang telah disampaikan kepadanya daripada pemain, berkenaan latihan yang dikendalikan semasa mereka lapor diri untuk skuad kebangsaan.
"Selain itu tindakan mereka (bersara) itu juga mungkin juga disebabkan mahu memberi peluang kepada pemain muda...macam Safiq Rahim sudah lama mewakili pasukan kebangsaan mungkin dia rasa ini masa untuk undur diri selain kebimbangan terhadap kecederaan dan ini juga keputusan sukarela beberapa pemain senior, saya rasa tidak perlu panjangkan isu ini dan buat pelbagai andaian," katanya.
Khairy bercakap kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri beliau di Gadong dekat sini hari ini yang dihadiri kira-kira 15,000 tetamu.
Umum persaraan
Pada Selasa dan Khamis lepas, Safiq Rahim yang juga kapten skuad kebangsaan dan pemain pertahanan Aidil Zafuan Abdul Radzak diikuti S. Kunanlan dan Mohd Amirulhadi Zainal masing-masing mengumumkan keputusan untuk bersara daripada mewakili skuad kebangsaan.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Khairy berkata sekiranya isu yang dibangkitkan TMJ tidak ditangani maka ia boleh menghakis keyakinan pemain lain terhadap pasukan kebangsaan.
"Dengan maklumat ini saya akan berhubung dengan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan minta penjelasan daripada pihak berkenaan supaya kita dapat gambaran jelas dan kalau betul maka kita boleh buat penambahbaikan kepada latihan yang djalankan untuk pasukan kebangsaan," katanya.
Melalui perbualan yang berlangsung kira-kira 20 minit itu juga, TMJ memaklumkan kepada Khairy bahawa pihaknya tidak mempunyai halangan atau arahan melarang para pemain daripada bermain mewakili skuad kebangsaan sebaliknya ia merupakan keputusan sukarela daripada pemain dan ia perlu dihormati.
"Malahan beliau maklumkan kepada saya bahawa beliau harap jurulatih kebangsaan Datuk Ong Kim Swee akan tetap pilih pemain muda seperti Brendan Gan untuk wakili pasukan kebangsaan.
Katanya Kim Swee sepatutnya melihat ini sebagai sesuatu yang positif dengan mencari pemain muda yang boleh diserapkan dalam pasukan kebangsaan.
Duit penajaan
Sementera itu, TMJ turut menyatakan kebimbangan agihan duit penajaan dengan formula yang ditetapkan ketika ini bahawa ia tidak memihak kepada negeri dan kelab berikutan sebahagian besar duit penajaan yang dikumpul diberikan kepada FAM.
"Apa yang dikehendaki TMJ adalah pengagihan yang lebih adil kepada kelab dan negeri... perkara ini juga akan saya bangkitkan dan saya sedang menunggu tarikh untuk berjumpa Presiden FAM Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, saya mahu cuba menjadi orang tengah supaya kemelut ini dapat kita selesaikan dengan cepat dan harap semua pihak menyumbangkan kepada FAM dan bola sepak kebangsaan.
"Saya percaya dan yakin semua ada peranan yang boleh dimainkan seperti Tengku Mahkota Pahang dengan kedudukan dalam FIFA manakala TMJ dengan kebangkitan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Saya harap dalam tempoh masa terdekat dalam dua tiga minggu ini saya boleh mainkan peranan saya sebagai Menteri Belia dan Sukan untuk melihat bagaimana kita dapat sumbangan daripada semua pihak untuk bangunkan semula pasukan bola sepak negara," katanya.
Bernama
Sat Jul 16 2016
KHAIRY: Jika isu yang dibangkitkan TMJ tidak ditangani maka ia boleh menghakis keyakinan pemain lain terhadap pasukan kebangsaan.
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Pemain Arsenal ucapkan Tahun Baharu dalam Bahasa Mandarin
Kempen ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk menawan hati peminat dari tanah besar China yang dianggap penting buat pasukan itu.
'Selepas ini, saya pula akan menjerit kepada pengurus baru!' - Arsene Wenger
Arsene Wenger tidak sabar untuk duduk bersama penyokong Arsenal dan menjerit kepada pengurus baru ketika perlawanan.
VAR di skrin besar Piala Dunia Rusia 2018
Antara isu yang hangat diperkatakan mengenai VAR adalah penyokong tidak boleh menonton semula insiden yang dikesan.
Skuad B23 berdepan negara Timur Tengah sebagai persediaan Sukan Asia - Kim Swee
Malaysia B-23 akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan beberapa negara Timur Tengah sebagai persiapan menjelang Sukan Asia 2018.
Revolusi digital: Penyokong bola sepak aset kepada pasukan
Pasukan negeri atau kelab perlu menggunakan platform digital sebagai medan perniagaan dan hubungan dengan penyokong mereka.
JDT tekad bermati-matian pada Piala AFC 2018
Saingan musim depan mungkin aksi terakhir JDT dalam kejohanan peringkat kedua di rantau Asia itu.
Diego Costa semakin berdisiplin, kata Antonio Conte
Penyerang kebangsaan Sepanyol itu bertelagah dengan pertahanan Stoke selepas dilayangkan kad kuning pada minit ke-17 kerana tidak berpuas hati apabila dikasari Bruno Martins Indi.
Ballon d'Or: Zlatan Ibrahimovic mampu ketepikan Messi dan Ronaldo - Mourinho
Ibrahimovic berada di tahap terbaik sejak menyertai United dari Paris Saint-Germain apabila telahpun menyumbat 26 gol dalam 38 penampilan musim ini.
Suarez terkejut dengan pengumuman Luis Enrique
Selepas melakar kemenangan besar 6-1 ke atas Sporting Gijon kelmarin, Luis Enrique mendedahkan dia tidak akan menyambung tugas sebaik kontraknya berakhir pada Jun.
Arsenal perlu simpan Sanchez berbanding Ozil - Wilson
Kedua-dua pemain tersebut bakal tamat kontrak hujung musim depan dengan beberapa kelab sudah mula menunjukkan minat terhadap mereka.