BEKAS pemain hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi, tidak menyangka S. Kumar didapati positif sibutramine ketika Piala Asia di Dhaka, Banglasesh, Oktober lalu.
Selain menunjukkan aksi cemerlang ketika bersama pasukan, katanya, penjaga gol skuad kebangsaan itu memiliki disiplin yang baik selama ini.
BACA: Penjaga gol hoki kebangsaan S. Kumar positif ujian doping
"Bukan saya sahaja tetapi peminat-peminat hoki tanah air turut terkejut dengan berita itu.
"Ia kerana kita tahu Kumar seorang pemain yang begitu berdisiplin, mempunyai komitmen yang tinggi, berdedikasi dan sentiasa memberi aksi terbaik semasa menyarung jersi pasukan kebangsaan," katanya ketika dihubungi Nadi Arena, sebentar tadi.
Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal, hari ini mengumumkan perkara itu sambil menjelaskan Kumar berdepan penggantungan dua tahun selepas menerima surat daripada Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) pada Selasa lalu.
Kumar dan badan induk hoki negara itu mencapai kata sepakat untuk menerima keputusan tersebut dan menolak peluang kedua menerusi ujian sampel B, sebaliknya memilih sesi pendengaran sebagai usaha untuk membela diri.
Ditanya adakah ia keputusan tepat, Mirnawan berkata: "Mungkin dia mempunyai sebab tertentu untuk menolak ujian sampel B kerana tahun depan, skuad negara memiliki tiga kejohanan penting, iaitu Sukan Komanwel, Piala Dunia dan Sukan Asia.
"Mungkin ada nasihat diberikan bagaimana untuk menangani situasi ini. Bagi saya, saya menyokong apa sahaja keputusan yang dibuat Kumar kerana saya pasti ia untuk dirinya dan kepentingan skuad negara," katanya.
Mirnawan turut menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi, sebaliknya memberikan sokongan kepada penjaga gol itu.
"Harapan saya, kita rakyat Malaysia, terutama peminat sukan hoki, agar tidak membuat spekulasi tetapi terus menyokong Kumar untuk skuad negara," ujarnya.
Astro Arena
Mon Dec 18 2017
MIRNAWAN berkata, S. Kumar mempunyai disiplin yang baik berdedikasi dan sentiasa memberi aksi terbaik semasa menyarung jersi pasukan kebangsaan. - Gambar fail Bernama
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sabah FC cari pengganti sementara Kim Swee secepat mungkin
Ini bagi memastikan kesinambungan prestasi skuad Sang Badak dalam menghadapi baki saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim 2024/2025.
Dua beranak didakwa tipu urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.
Pocket Rocketman bakal kembali berkayuh di ACC 2025?
Datuk Mohd Azizulhasni Awang mungkin bakal 'berkayuh' secara rasmi di Velodrom Nasional, Nilai seawal Februari tahun hadapan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) 2025.
MyDigital ID: Memperluas integrasi perkhidmatan, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluaskan integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet.
Nurul Izzah dijemput penganjur ke luar negara atas kapasiti Pengarah Seri
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, selain Nurul Izzah, Pengerusi ISIS Datuk Prof Dr Mohd Faiz Abdullah turut dijemput oleh penganjur.
Masters China: Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin hanya perlukan 31 minit untuk mara ke separuh akhir!
Pemain beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, terus mencipta kejutan apabila melangkah separuh akhir Masters China di Shenzen.
Kabinet tidak bincang cadangan hari bekerja 4 hari setengah seminggu di Johor
Jelas Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, kemungkinan serba sedikit akan diteliti menerusi Annual Leaders' Retreat yang akan diadakan pada 8 dan 9 Disember depan.
Kumar miliki disiplin baik - Mirnawan
Bekas pemain hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi, tidak menyangka S. Kumar didapati positif sibutramine ketika Piala Asia di Dhaka, Banglasesh, Oktober lalu.