KOTA BHARU: Kelantan United FC (KUFC) sah mendapatkan khidmat pemain import dari Senegal, Morgaro Lima Gomis bagi memperkuatkan jentera tengah pasukan itu menghadapi saingan Liga Super musim ini.
Ketua Pegawai Operasi KUFC Wan Mohd Zul Ikman berkata pemain tengah berusia 37 tahun itu, menandatangani kontrak selama semusim bersama KUFC, semalam.
"Dia (Gomis) tidak asing dengan peminat bola sepak Kelantan, kerana mempunyai pengalaman beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) selama tiga musim bersama pasukan Kelantan The Red Warriors (TRW) bermula 2016 sehingga 2018.
"Ia kepulangan kedua Gomis ke Kota Bharu, kami bangga untuk mengumumkan import kesayangan ramai penyokong Kelantan ini, menyertai KUFC musim ini," katanya menerusi kenyataan semalam.
Wan Mohd Zul menyifatkan Gomis seorang pemain mempunyai kebolehan yang baik menggemudi bahagian tengah, selain memiliki kelebihan ketika bertahan.
"Gomis akan memberi kelebihan kepada pasukan apabila berada di saat getir ketika diasak pemain lawan.
"Dia mempunyai cukup minit perlawanan apabila telah membuat lebih 50 penampilan bersama pasukan Clyde FC dalam Liga Scotland, musim lepas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 11 2023
Gomis menandatangani kontrak selama semusim bersama KUFC pada Selasa. - Foto Facebook Kelantan United Football Club
Sejarah dan budaya Itali diketengah Dolce&Gabbana di Paris
Jenama fesyen Itali, Dolce&Gabbana mengadakan pameran yang menampilkan 200 rekaan asli di Paris pada Jumaat.
Mahkamah AS henti perjanjian dengan dalang serangan 9/11
Mahkamah mengeluarkan perintah tangguh sementara, penggantungan prosiding secara peruntukan, yang menjadikan semua langkah berkaitan perjanjian itu jeda sehingga keputusan muktamad dicapai.
Kerajaan sedang teliti RUU digital tangani 'scam'
Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk meminda rang undang-undang berkaitan kuasa digital bagi mengawal media sosial dalam menangani scam atau penipuan dalam talian.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata cadangan pindaan itu antara lain memasukkan syarikat telekomunikasi sebagai antara pihak yang bertanggunjawab untuk mengekang jenayah berkenaan dengan dikoordinasikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).
KPKM nafi dakwaan harga belian diturunkan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menafikan terdapat sebarang arahan atau keputusan berkaitan penurunan harga belian padi seperti didakwa Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah).
Empat PPS dibuka di Kota Tinggi
Empat pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Kota Tinggi Johor.
CEO syarikat penyiaran antara 5 ditahan kes ubah wang haram
Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil serbuan yang dijalankan, pasukan AMLA berjaya merampas, membekukan dan menyita aset-aset seperti kenderaan, akaun bank serta dokumen-dokumen dengan nilai keseluruhan berjumlah RM17,434,217.36.
[TERKINI] Menteri UMNO sedia beri kerjasama kepada Mahkamah Tinggi
Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, UMNO yakin bahawa Mahkamah Tinggi akan bertindak bebas dan adil untuk menilai keabsahan kewujudan Titah Adendum tersebut.
Lima lelaki termasuk warga asing ditahan, 12 kg heroin dirampas
Satu sindiket pengedaran dadah tumpas selepas polis memberkas lima lelaki termasuk seorang warga asing dalam dua serbuan di Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
Natasha cipta sejarah lagi, juarai piala dunia di Hong Kong
Natasha Mohamed Roslan sekali lagi melakar sejarah apabila menjadi atlet boling wanita pertama negara merangkul kejuaraan Kejohanan Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong pada Jumaat malam.
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas.
KUFC dapatkan khidmat pemain import dari Senegal
Pemain tengah berusia 37 tahun itu menandatangani kontrak selama semusim bersama KUFC, pada Selasa.