Korea Selatan cukup bersedia berdepan cabaran Malaysia pada perlawanan pembukaan Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2018 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.
Pengurus pasukannya, Woo Jin berkata skuad berkenaan sudah membuat persediaan rapi sejak dua minggu lepas dalam usaha untuk muncul juara serta menebus kekecewaan pada edisi lepas selepas menamatkan cabaran di kedudukan tercorot.
Saingan edisi lepas itu menampilkan pasukan Korea Selatan, Jepun dan Hong Kong.
Woo berkata kesemua 23 pemain yang dipilih mampu memberi tentangan sengit kepada pasukan Malaysia yang dibimbing Lee Nyuk Fah.
"Pada tahun ini, kita mahu muncul juara. Kita perlu menampilkan aksi terbaik keranan saingan ini adalah kelayakan ke Piala Dunia Ragbi 2019.
"Ini pasukan 15 sebelah terbaik kita dan membariskan 23 pemain yang benar-benar bagus. Kesemua pemain terbaik disenaraikan dalam skuad ini, sebab itu kita yakin untuk muncul juara," katanya ketika ditemui pemberita semasa sesi latihan di sini, pada Jumaat.
Dalam pada itu, beliau mengakui Malaysia kini berada di tahap berbeza kerana semakin menunjukkan peningkatan sejak akhir-akhir ini.
"Malaysia sebuah pasukan yang kuat dan saya tahu mereka membuat persediaan cukup rapi walaupun saya tidak mempunyai banyak maklumat mengenai mereka, namun kita akan menampilkan prestasi terbaik dan berharap satu aksi yang menarik," katanya.
Untuk rekod, kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu semasa Kejohanan Lima Negara 1996, menyaksikan Malaysia kalah 5-112.
Saingan ARC 2018 menampilkan tiga pasukan - Malaysia, pasukan nombor 22 dunia Hong Kong dan Korea Selatan yang berada di ranking ke-31 dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 27 2018

Pasukan ragbi negara menjalani sesi latihan untuk Kejohanan Ragbi Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil. - Foto BERNAMA

UiTM tempatkan mahasiswa terjejas tanah runtuh di kolej kediaman
Langkah itu bagi memastikan keselamatan pelajar terlibat kerana kawasan tersebut masih berbahaya, kata Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Bubur lambuk 'air tangan' Tunku Azizah detik paling dinanti penghuni penjara
Menjelang Ramadan, 'air tangan' Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dalam menyediakan juadah istimewa resipi asli bubur lambuk Istana Pahang pastinya menjadi tumpuan.

Vietnam, Indonesia sambut 70 tahun hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra
Vietnam dan Indonesia meraikan ulang tahun ke-70 hubungan diplomatik dengan persembahan orkestra khas di Jakarta pada Ahad malam.

BN tiada masalah cari calon sesuai untuk PRK DUN Ayer Kuning
BN mempunyai calon yang layak dan telah menyenarai pendek calon yang berpotensi untuk bertanding, kata Zambry.

Itali rancang tambah 40,000 anggota tentera menjelang 2033 - Laporan
Kerajaan Itali rancang tingkatkan jumlah tentera profesionalnya sebanyak 40,000 anggota, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar 135,000 menjelang 2033.

KPM larang jualan gula-gula berbentuk vape di sekolah - Fadhlina
Fadhlina berkata, KPM akan bertindak tegas jika ada pihak yang menjual makanan yang berbahaya kepada keselamatan murid.

MAIK perkukuh keberkesanan sistem e-Agihan zakat
MAIK membuktikan keberkesanan sistem e-Agihan zakat dalam memudahkan penyaluran bantuan kepada asnaf, sekali gus meningkatkan keyakinan pembayar zakat untuk menginfakkan harta mereka.

Bubur lambuk, ejen perpaduan pelbagai kaum - Wan Rosdy
Hidangan makanan tradisional seperti bubur lambuk yang menjadi juadah setiap kali menjelang Ramadan, berupaya menjadi ejen perpaduan pelbagai kaum di negara ini.

Kepengerusian ASEAN: Malaysia mahu tetapkan standard baharu dalam tadbir urus global
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia beraspirasi untuk menetapkan standard baharu dalam tadbir urus global.

Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza - Kementerian
Konflik di Gaza menyebabkan 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.

Korea Selatan sedia berdepan tentangan Malaysia
Korea Selatan cukup bersedia berdepan cabaran Malaysia pada perlawanan pembukaan Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2018.

Pasukan ragbi Malaysia berguru di New Zealand, mampu 'goyangkan' pasukan lawan
Hong Kong dan Korea Selatan pasti akan gentar dengan pasukan Malaysia selepas menjalani latihan intensif selama dua minggu.

Tiga latihan mampu ubah persembahan skuad ragbi negara
Ia membabitkan penggunaan alat peranti digital Sistem Kedudukan Global (GPS), Sportscode serta elemen sains sukan dalam sesi latihan.