Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tetap mengkehendaki skuad negara untuk memburu kejayaan di Cabaran Juara-Juara 1 meskipun keutamaan sebenar ialah kempen Piala Dunia.

Bagi Tengku Abdullah, Cabaran Juara-Juara 1 yang akan berlangsung di Kuantan, Pahang bermula 26 April ini berupaya membawa pelbagai erti buat hoki Malaysia.

Sekiranya skuad negara memenangi kejohanan ini, Malaysia akan mencipta sejarah sebagai juara terakhir Cabaran Juara-Juara 1 yang akan digantikan dengan saingan Liga Hoki Dunia selepas ini.

Malah saingan yang menampilkan lapan pasukan termasuk New Zealand dan Korea Selatan ini turut berfungsi sebagai kelayakan ke Kejohanan Trofi Juara-Juara 2016.

Penganjuran Cabaran Juara-Juara 1 ini turut mendapat suntikan penajaan hampir RM1.2 juta.