SEPERTI yang kita semua sedia maklum, negara kini sudah dalam proses peralihan untuk memasuki fasa endemik COVID-19, atau dikenali sebagai Fasa Peralihan ke Endemik, seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.
Secara tidak langsung ini memberikan berita baik bagi penggiat sukan di tanah air apabila kelonggaran yang diberikan dalam fasa ini, membolehkan mereka melakukan semula aktiviti sukan dengan lebih giat, malah berpeluang untuk menganjurkan kejohanan sukan dengan lebih kerap.
Harus diingat bahawa ketika di dalam fasa sebelum ini, adalah agak sukar untuk melakukan aktiviti sukan yang mana ini banyak mengganggu tahap kecergasan golongan atlet amatur mahupun profesional.
Dari aspek fisiologi dan fizikal sudah tentu ia terjejas. Contohnya, tahap kecergasan kardiovaskular dan kekuatan otot boleh terjejas sekiranya tidak ada latihan berterusan yang konsisten. Jadi ada kebarangkalian tinggi untuk mereka mendapat kecederaan semasa bersukan di atas faktor kecergasan yang tidak mencukupi. Di samping itu, ia juga mempunyai risiko yang tinggi yang boleh mengganggu tahap prestasi di dalam sukan.
Jika dilihat kepada statistik, faktor kecergasan yang kurang adalah penyebab utama kecederaan di kalangan atlet. Antara contoh terbaik yang boleh dikongsikan adalah dengan mengambil situasi Liga Bola Sepak Jerman (Bundesliga) dan Sepanyol (La Liga) semasa pembukaan kembali aktiviti sukan ketika seluruh dunia dalam fasa lockdown pandemik COVID-19.
Hasil kajian yang dibuat oleh penyelidik dari Amerika Syarikat (AS) mendapati kadar kecederaan bagi Bundesliga meningkat tiga kali ganda semasa liga kembali bersambung.
Sementara, kajian dari Sepanyol pula memperlihatkan kemerosotan kebolehan fizikal yang ketara di kalangan pemain bola sepak semasa liga bersambung semula berbanding dengan fasa sebelum pandemik di dalam La Liga.
Dalam pada masa yang sama, kadar kecederaan kian meningkat dengan pertambahan jadual perlawanan yang terlalu padat. Oleh itu, perihal kecergasan fizikal ini adalah tidak boleh dipandang remeh sama sekali.
Di dalam objektif untuk menghadapi mana-mana kejohanan sukan, liga dan pertandingan ketika Fasa Peralihan ke Endemik, penekanan utama mestilah diberi kepada usaha mempertingakatkan tahap kecergasan fizikal.
Di antara faktor utama yang boleh membantu tahap prestasi dan kecergasan atlet adalah tempoh persediaan fizikal. Fasa tempoh persediaan (pre-season) yang mencukupi adalah sangat kritikal di dalam usaha untuk meningkatkan tahap kecergasan fizikal dan mental para atlet.
Perancangan periodisasi latihan yang tepat dan sistematik memainkan peranan penting di dalam hal ini. Tiada laluan pintas di dalam membangunkan tahap kecergasan, maka para atlet dan jurulatih perlu memberi lebih tumpuan untuk fasa ini.
Di samping itu, antara aspek-aspek lain yang dapat membantu persediaan fizikal dan prestasi atlet adalah dengan kaedah pemakanan yang betul, latihan bebanan yang spesifik, biomekanik, rehat yang mencukupi dan pelbagai lagi aspek sains sukan yang berkaitan.
Berbanding dengan puluhan tahun yang lalu, kini negara kita sudah melahirkan ramai jurulatih dan ahli akademik yang mempunyai kepakaran dalam bidang sains sukan masing-masing. Gunakan mereka ini sebaik-baiknya untuk membantu atlet kita untuk terus cemerlang.
Persiapan fizikal yang mencukupi adalah sangat penting untuk membantu meningkatkan prestasi atlet. Malah ia juga dapat mengurangkan risiko untuk mendapat kecederaan.
Perihal tahap kecergasan ini sebenarnya adalah topik lama, tetapi sering dipandang remeh di semua peringkat, baik dari peringkat sekolah sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Ini semua perlu diubah bermula dari sekarang. Semoga Fasa Peralihan ke Endemik ini menjadi titik permulaan kebangkitan arena sukan di negara kita.
* Zulkhairi Azam ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, Universiti Teknologi MARA (UiTM)
** Penulisan artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Zulkhairi Azam
Fri Apr 08 2022
Persiapan fizikal yang mencukupi adalah sangat penting untuk membantu meningkatkan prestasi atlet. Malah ia juga dapat mengurangkan risiko untuk mendapat kecederaan. - Gambar hiasan
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Masyarakat Islam Sarawak jangan terlalu ghairah adakan rumah terbuka raya
Masyarakat Islam Sarawak diingatkan supaya jangan terlalu ghairah mengadakan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri bulan hadapan walaupun negara kini sudah memasuki Fasa Peralihan Ke Endemik.
Solat tanpa penjarakan fizikal masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri
Aktiviti solat berjemaah di masjid dan surau yang boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal, masih belum dibincangkan di kebanyakan negeri.