RONALD Koeman menyifatkan kemenangan 2-0 Barcelona ke atas Juventus dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di laman lawan itu awal pagi tadi sebagai aksi terbaik mereka musim ini.
Barca bangkit dengan bergaya selepas kekalahan kepada Real Madrid dalam perlawanan Classico hujung minggu lalu menerusi gol Ousmane Dembele dan jaringan penalti lewat permainan Lionel Messi untuk memperoleh dua kemenangan berturut-turut dalam saingan Kumpulan G itu.
Juve gagal merekodkan sebarang percubaan tepat ke kubu pasukan gergasi Catalan itu dan walaupun kagum dengan cara pasukannya mengungguli perlawanan berkenaan, Koeman berasakan mereka sepatutnya menamatkan perlawanan itu lebih awal.
"Ini adalah perlawanan terbaik kami musim ini," katanya kepada wartawan.
"Ia adalah kemenangan yang besar ke atas pasukan utama Eropah dan kami berupaya bermain dengan cara yang kami cuba terapkan.
"Saya mahu kami bermain dengan tiga pertahanan, menolak seorang pemain ke atas untuk memperoleh lebih penguasaan di bahagian tengah.
"Ia bermakna kami dapat mencipta banyak gol dan sejujurnya, saya fikir kami sepatutnya menamatkan perlawanan ini lebih awal.
"Saya amat berpuas hati dengan permainan kami, dengan keputusan dan terutamanya dengan perwatakan yang pasukan ini pamerkan," katanya.
Barca mendominasi perlawanan itu dengan melakukan lebih 227 hantaran berbanding Juve untuk menguasai 59 peratus permainan.
Sergi Roberto, yang melengkapkan 94.5 peratus daripada keseluruhan hantarannya, berkata prestasi itu telah menunjukkan standard sebenar yang sepatutnya dipamerkan mereka secara tekal.
"Kami mahu menjadi pasukan Barcelona yang mendominasi permainan, yang memiliki bola, yang bertahan dengan baik dan kami sedang menuju ke arah itu.
"Amat penting untuk memperoleh enam mata daripada dua perlawanan. Ia hanya kemenangan dua gol tetapi ia boleh menjadi lebih daripada itu.
"Sesetengah percubaan tidak berjaya tetapi secara keseluruhan, ia memuaskan.
"Perkara terpenting adalah untuk terus mencipta peluang seperti ini," katanya.
Astro Arena
Thu Oct 29 2020
![Koeman puji kemenangan Barca ke atas Juve sebagai aksi terbaik musim ini Koeman puji kemenangan Barca ke atas Juve sebagai aksi terbaik musim ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71603940329_TBJUVENTUSBARCELON.jpg)
Lionel Messi meraikan kejayaan menjaringkan gol kedua bersama rakan sepasukan ketika perlawanan UCL kumpulan G antara Juventus dan FC Barcelona di Stadium Allianz, Turin, Itali, 28 Okt, 2020. REUTERS
Usul seragamkan agensi kerajaan dibawa ke kabinet - PM
Usul untuk menyeragamkan beberapa agensi kerajaan bagi menangani isu pertindihan fungsi akan dibentangkan dalam mesyuarat kabinet dalam masa terdekat.
[TERKINI] Amaran hujan lebat di enam negeri sehingga 9 malam ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda enam negeri sehingga jam 9 malam.
![Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tarik darjah kebesaran bekas Naib Canselor UKM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tarik darjah kebesaran bekas Naib Canselor UKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739360785_MohdEkhwanToriman.jpg)
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan tarik darjah kebesaran bekas Naib Canselor UKM
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan pengurniaan DBNS kepada bekas Naib Canselor UKM Prof Dr Mohd Ekhwan Toriman, ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.
![Wanita maut motosikal terbabas dipercayai selepas bertengkar dengan suami Wanita maut motosikal terbabas dipercayai selepas bertengkar dengan suami](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739360562_tbwanitamautkemal.jpg)
Wanita maut motosikal terbabas dipercayai selepas bertengkar dengan suami
Seorang wanita maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas berhampiran Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin, Alor Gajah di sini, tengah malam tadi.
AWANI Borneo [12/2/2025] – Muktamad milik Sarawak| Penghubung Sabah dan Sarawak| Bantu golongan petani
Awani Borneo Rabu, 12 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Pengambilalihan selesai, MASWings kini dikenali sebagai AirBorneo
2. Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
3. Kertas kabinet wujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah bakal dibentang
1. Pengambilalihan selesai, MASWings kini dikenali sebagai AirBorneo
2. Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
3. Kertas kabinet wujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah bakal dibentang
Kertas Kabinet cadangan wujud lembaga pemasaran pertanian Sabah akan dibentang
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, Kertas Kabinet tersebut dijangka dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri, akan datang.
KKR, SPRM perlu ambil tindakan terhadap konsesi gagal selenggara jalan
Kementerian Kerja Raya diminta untuk mengambil tindakan menamatkan konsesi yang gagal melakukan projek penyelenggaraan jalan persekutuan dengan baik.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
Projek Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR) fasa dua yang menghubungkan kedua-dua wilayah itu tanpa melalui Brunei Darussalam akan mengambil masa sekurang-kurang lima tahun untuk siap.
Kurang tiga peratus projek JKR disklasifikasi projek sakit - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memeklumkan hanya ada satu atau dua projek yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya di negara ini yang diklasifikasikan sebagai projek sakit.
Abang Jo hargai peranan, keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memuji keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak yang menjadi tulang belakang kepada kejayaanSarawak dalam rundingan menuntut organisasi strategik termasuk menerusi rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
![LaLiga: Koeman setuju Messi kembali ke pangkuan Barcelona LaLiga: Koeman setuju Messi kembali ke pangkuan Barcelona](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-04/71681350957_RonaldKoeman.jpg)
LaLiga: Koeman setuju Messi kembali ke pangkuan Barcelona
Koeman sudah pasti tidak akan kembali ke Barca dalam waktu terdekat ini tetapi dia berharap Messi dapat pulang ke pangkuan kelab itu.
![Sergi Barjuan ganti tempat Koeman selaku jurulatih sementara di Barcelona Sergi Barjuan ganti tempat Koeman selaku jurulatih sementara di Barcelona](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/41635470900_jurulatihSergiBar.jpg)
Sergi Barjuan ganti tempat Koeman selaku jurulatih sementara di Barcelona
Khabar angin bertiup kencang mendakwa Xavi sebagai calon pendahulu bagi menggantikan Koeman seawal-awalnya minggu depan.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51632673601_BAP.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Dipecat sebahagian daripada tugas - Ancelotti Dipecat sebahagian daripada tugas - Ancelotti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/61635387766_CarloAncelotti.jpg)
Dipecat sebahagian daripada tugas - Ancelotti
Ronald Koeman disingkirkan Blaugrana berikutan permulaan musim yang mengecewakan.
![Tewas lagi, Barcelona pecat Ronald Koeman Tewas lagi, Barcelona pecat Ronald Koeman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635388403_RonaldKoeman.jpg)
Tewas lagi, Barcelona pecat Ronald Koeman
Ronald Koeman telah dipecat Barcelona selepas permulaan musim 2021-22 yang mengecewakan berterusan.
![Kenderaan Koeman diserang penyokong selepas tewas kepada Real Kenderaan Koeman diserang penyokong selepas tewas kepada Real](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635118846_TBRONALD.jpg)
Kenderaan Koeman diserang penyokong selepas tewas kepada Real
Barca mengeluarkan kenyataan mengecam tindakan itu dan berikrar untuk meningkatkan keselamatan bagi mengelakkan perkara tersebut berulang.
![Ronald Koeman letak harapan tinggi Antoine Griezmann terajui Barcelona Ronald Koeman letak harapan tinggi Antoine Griezmann terajui Barcelona](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/51591337416_AntoineGriezmann.jpg)
Ronald Koeman letak harapan tinggi Antoine Griezmann terajui Barcelona
Gergasi Catalan itu meratapi kehilangan penjaring terbanyak berkenaan apabila dia rasminya diumumkan sebagai bintang baru PSG secara percuma minggu ini.
![Gandingan Depay-Griezmann buat Koeman teruja Gandingan Depay-Griezmann buat Koeman teruja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71627775363_RonaldKoeman.jpg)
Gandingan Depay-Griezmann buat Koeman teruja
Ronald Koeman gembira dengan gandingan Memphis Depay dan Antoine Griezmann semasa kemenangan Barcelona 3-0 ke atas Stuttgart semalam.
![Menang baki lima perlawanan, kami mampu julang LaLiga - Koeman Menang baki lima perlawanan, kami mampu julang LaLiga - Koeman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/51619920563_RonaldKoeman.jpg)
Menang baki lima perlawanan, kami mampu julang LaLiga - Koeman
Kekalahan yang tidak disangka-sangka itu bermakna pasukan bimbingannya menghuni tangga ketiga menuju baki lima perlawanan lagi, bermula dengan perjalanan sukar ke Valencia, awal pagi esok.
![Seri dengan Cadiz lebih sadis berbanding tewas kepada PSG - Koeman Seri dengan Cadiz lebih sadis berbanding tewas kepada PSG - Koeman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51613971770_RamonSanchezPizjua.jpg)
Seri dengan Cadiz lebih sadis berbanding tewas kepada PSG - Koeman
Kekalahan Barca 4-1 di laman sendiri kepada PSG dalam pusingan 16 UCL Rabu lalu diikuti keputusan seri 1-1 dengan Cadiz.