JURGEN Klopp berang dengan 'soalan bodoh' wartawan selepas Liverpool tewas dalam aksi suku akhir Piala FA kepada Manchester United di Old Trafford.
Liverpool bertandang ke laman keramat Manchester United dalam misi untuk meneruskan peluang merangkul gelaran 'quadruple' namun hasrat pengendali kelahiran Jerman itu terkubur apabila jaringan pada minit ke-121 Amad Diallo memastikan kemenangan 4-3 memihak United.
Selepas tamat perlawanan, Klopp ternyata berang dengan soalan yang diajukan oleh wartawan rangkaian televisyen dari Denmark, Niels Christian Frederiksen, ketika sidang media.
Di bawah merupakan transkrip pertukaran kata-kata antara Klopp dan Frederiksen. Sebagai makluman, Liverpool telah bermain 18 perlawanan pada 2024 berbanding 12 perlawanan United.
Wartawan: "Biasanya intensiti adalah nama permainan anda, jadi kenapa ia menjadi begitu sukar dalam masa tambahan?"
Klopp: "Soalan yang agak bodoh, yang saya perlu katakan. Kami menghadapi banyak perlawanan, saya tidak tahu berapa banyak perlawanan baru-baru ini, saya tidak tahu berapa banyak perlawanan yang dimainkan United.
"Sangat kecewa dengan soalan itu, tetapi anda fikir ia bagus."
Wartawan: "Terlalu banyak perlawanan?"
Klopp: "Oh, tolonglah, anda ternyata seperti orang yang tidak sihat, soalan awak ini membuatkan saya rasa kurang senang. Apa masalah anda?"
Frederiksen turut memberikan reaksinya terhadap insiden tersebut, menegaskan dia memahami kekecewaan Klopp.
“Saya menafsirkannya ia sebagai ekspresi kekecewaannya kerana mereka tewas kepada Manchester United, di mana mereka mendahului dua kali dan sepatutnya mengesahkan kemenangan,” kata Frederiksen kepada majalah sukan Denmark Tipsbladet.
"Impiannya adalah untuk beraksi di final Piala FA di Wembley dalam perlawanan terakhirnya di England, dan ia telah dirampas oleh United. Jadi saya boleh faham kekecewaanya.
"Kemudian dia mendapat soalan yang dia fikir tidak sesuai. Ia telah menjadi tema bagi mereka bahawa mereka telah mengharungi banyak kecederaan dan banyak perlawanan, yang telah Klopp adukan. Kemudian dia mendapat soalan tentang mengapa mereka tidak mempunyai intensiti. dalam permainan, dan kemudian dia membentak.
"Saya faham. Saya sama sekali tidak mempunyai masalah dengan reaksinya.
"Apabila saya menemu bualnya sekali lagi, kami tetap menjadi kawan baik -- secara profesional. Saya tidak fikir dia menyimpan dendam, dan saya pastinya tidak."
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
Astro Arena
Tue Mar 19 2024
![Klopp hilang sabar dengan wartawan susulan tewas kepada Manchester United Klopp hilang sabar dengan wartawan susulan tewas kepada Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71664854876_BritainSoccerChamp.jpg)
Klopp ternyata berang dengan soalan yang diajukan oleh wartawan rangkaian televisyen dari Denmark, Niels Christian Frederiksen, ketika sidang media. - Foto AP
![LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719994976_TBAMIRHAMZAHjpg.jpg)
LHDN berjaya kutip RM512.6 juta melalui PKPS 2.0 - Amir Hamzah
LHDN telah mengutip RM512.6 juta daripada keseluruhan taksiran cukai berjumlah RM1.29 billion sepanjang tempoh PKPS 2.0.
Positif COVID-19 tidak perlu kemaskini MySejahtera
Jika didapati positif Covid-19, para pesakit tidak lagi perlu untuk mengemaskini status kesihatan terkini di aplikasi Mysejahtera, kerana covid seharusnya dirawat sama seperti jangkitan saluran penafasan yang lain.
Kandungan video promosi Georgetown Festival diturunkan
Pasukan George Town Festival 2024 telah menurunkan semua siaran berkaitan video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' atas dakwaan menyinggung perasaan budaya Melayu di Pulau Pinang yang seperti dilupai.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
Ia berikutan tular penyiaran video promosi sambutan 'George Town Festival 2024' yang didakwa hanya mempromosikan kebudayaan kaum Cina dan India.
![KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717914416_TBfadhlinasidek.jpg)
KPM teliti sukarelawan dari Singapura, alu-alukan pesara guru Bahasa Inggeris di Malaysia
KPM sentiasa terbuka dan mengalu-alukan pesara guru bahasa Inggeris dalam negara untuk terlibat dalam PdP bagi meningkatkan penguasaan bahasa tersebut.
Pengajar Bahasa Inggeris dari Singapura, antara tumpuan
Penglibatan tenaga pengajar dari Singapura antara yang menjadi tumpuan di Dewan Rakyat pada Isnin.
Negara kekurangan tekong, beri kesan kekurangan ikan
Malaysia berhadapan kekurangan tekong tempatan berpengalaman yang ketara untuk kapal nelayan tempatan, terutama bagi perikanan laut dalam.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata lebih ramai tekong tempatan perlu dilahirkan, kerana pada ketika ini orang luar terpaksa digunakan dan diberi peluang untuk berkhidmat sebagai tekong kapal nelayan tempatan di negara ini.
Jenayah: Polis sahkan suspek teman lelaki Nur Farah Kartini
Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.
Suspek kes kematian Nur Farah Kartini direman tujuh hari
Seorang penjawat awam yang dikaitkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.
[TERKINI] Pan Gon bakal umum letak jawatan hari ini?
Tidak ada maklumat lanjut berkaitan sidang media berkenaan walaupun desas desus mengatakan ia melibatkan kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
Bukan masa sesuai untuk perkenalkan semula GST - Amir Hamzah
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata bukan masa sesuai untuk perkenal semula GST. Katanya, kerajaan hanya akan perkenalkan cukai yang tidak memberi kesan kepada golongan rentan.
#AWANInews #SisiTVParlimen
#AWANInews #SisiTVParlimen
![Liverpool tenggelamkan kualiti Arsenal, kata Klopp Liverpool tenggelamkan kualiti Arsenal, kata Klopp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/41617516186_JuergenKlopp.jpg)
Liverpool tenggelamkan kualiti Arsenal, kata Klopp
Pasukan juara bertahan itu kini hanya dibezakan dua mata dengan kelompok empat teratas hasil kemenangan di Stadium Emirates.
![Liverpool masih berpeluang rebut kejuaraan - Guardiola Liverpool masih berpeluang rebut kejuaraan - Guardiola](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-01/81484535727_PepGuardiola.jpg)
Liverpool masih berpeluang rebut kejuaraan - Guardiola
City berkelebihan tujuh mata di puncak liga, 13 ke atas Liverpool, dengan kurang satu perlawanan selepas menang 3-0 ke atas Tottenham.
![Klopp tidak tolak bersara sejurus kontrak Liverpool tamat Klopp tidak tolak bersara sejurus kontrak Liverpool tamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-02/41582001678_Liverpoolsmanager.jpg)
Klopp tidak tolak bersara sejurus kontrak Liverpool tamat
"Saya akan berehat selama setahun dan bertanya kepada diri sendiri adakah saya akan merindui bola sepak."
![Keputusan sukar yang dibuat Liverpool terima kritikan Keputusan sukar yang dibuat Liverpool terima kritikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/71586068645_johnhenry.jpg)
Keputusan sukar yang dibuat Liverpool terima kritikan
Bagi pengkritik, keputusan meletakkan kakitangan bukan pemain di bawah skim pengekalan pekerjaan UK itu adalah satu tindakan yang memalukan.
![#AWANIFinalUCL: Firmino sedia untuk diturunkan #AWANIFinalUCL: Firmino sedia untuk diturunkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61559344518_RobertoFirmino.jpg)
#AWANIFinalUCL: Firmino sedia untuk diturunkan
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengesahkan Roberto Firmino sudah pulih dan cergas sepenuhnya untuk beraksi di final.
![Liverpool nikmati tekanan- Klopp Liverpool nikmati tekanan- Klopp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://stadiumastro-kentico.s3.amazonaws.com/stadiumastro/media/sa-images/2019/april/20/klopp.jpg?ext=.jpg)
Liverpool nikmati tekanan- Klopp
Liverpool menguasai puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kempen musim ini hanya berbaki empat perlawanan.
![Saya tidak gementar - Klopp Saya tidak gementar - Klopp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/71514779540_jurgenKLOPP.jpg)
Saya tidak gementar - Klopp
Skuad bimbingan Klopp berkunjung ke West Ham esok, sehari selepas Manchester City bertemu Arsenal.
![Tiada sebarang cela dalam jentera tengah Liverpool, kata Klopp Tiada sebarang cela dalam jentera tengah Liverpool, kata Klopp](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41523353961_JurgenKlopp.jpg)
Tiada sebarang cela dalam jentera tengah Liverpool, kata Klopp
Kapten Liverpool, Henderson, akan terlepas aksi di Anfield itu selepas dibuang padang ketika kemenangan ke atas Watford, Ahad lalu.
![Klopp akui sukar atasi pergerakan Hazard Klopp akui sukar atasi pergerakan Hazard](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71526766233_EdenHazard.jpg)
Klopp akui sukar atasi pergerakan Hazard
Hazard mempamerkan permulaan musim yang cemerlang, menjaringkan lima gol dan melakukan dua bantuan jaringan dalam enam aksi EPL.
![Salah yakin Liverpool mampu juarai UCL Salah yakin Liverpool mampu juarai UCL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51530583774_Msalah.jpg)
Salah yakin Liverpool mampu juarai UCL
Salah mengambil positif dalam setiap peluang Liverpool untuk meraih kejayaan pada Mei nanti.